Harian Metro

Lebih teruk dari bah di Pantai Timur

-

hujung tahun, tetapi nasib penduduk kampung di sini lebih teruk apabila banjir boleh berlaku bila-bila masa,” katanya.

Mohd Noor berkata, pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) ada membina sistem siren di Sungai Langat untuk amaran awal banjir.

“Bagaimanap­un siren itu tidak berfungsi semalam (kelmarin), sistem itu dipasang pada bulan Mei lalu.

“Jika siren itu berfungsi, mungkin kami sempat lagi memindahka­n barangan dalam rumah,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan lima penduduk di Kampung Batu 10, di sini, yang terperangk­ap akibat banjir kilat diselamatk­an pasukan bomba, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tun Hussein Onn Mohamad Akmal Mohamad Khairi dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung mangsa yang terperangk­ap melalui mesej menerusi WhatsApp dan status yang dimuat naik mangsa di Facebook pada jam 7.30 petang, kelmarin.

“Sebaik menerima maklumat itu, 20 pegawai dan anggota dari BBP Tun Hussein Onn dan BBP Kajang selain pasukan bomba sukarela dari Gombak, Taman Sri Serdang dan Kepong bersama dua jentera dan satu bot dikerah ke lokasi kejadian.

“Kelima-lima mangsa ditempatka­n di pusat pemindahan di Balai Raya Batu 10, sebanyak dua pusat pemindahan dibuka di daerah ini iaitu di Balai Raya

Batu 10 dan Sekolah Kebangsaan Sungai Serai,” katanya. kami terpaksa menumpang teduh di dewan ini,” katanya.

Zainuri yang juga pemandu di seHbuAahRs­IyAariNkat­MswEasTtaR­O berkata, kejadian banjir kilat sering berlaku di kampung berkenaan ekoran sistem perparitan tersumbat selain pam air ke sungai tidak berfungsi.

“Sejak saya tinggal di kampung ini pada tahun

1999, sudah kerap kawasan ini dilanda banjir kilat setiap kali hujan lebat. Kali terakhir banjir berlaku pada bulan lalu.

“Sudah pelbagai usaha dilakukan bagi menyelesai­kan masalah ini, namun hingga kini keadaan ini (banjir) masih tidak dapat diselesaik­an pihak berkaitan,” katanya.

Sementara itu, seorang penduduk di Taman Melur, Ampang, Mohd Rapor Ramli, 63, hujan lebat sejak jam 4 petang kelmarin, mengakibat­kan air naik secara mendadak hingga memasuki beberapa rumah di sekitar perumahan itu.

„

 ??  ??
 ??  ?? RUMAH penduduk dinaiki banjir lumpur.
RUMAH penduduk dinaiki banjir lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia