Harian Metro

Air mengalir bak air terjun

-

“Hanya beberapa minit saja, air sudah naik paras buku lali di dalam rumah.

anMakEtTid­aRkO sempat mengalihka­n perkakas menyebabka­n ada barangan seperti kabinet dan permaidani ditenggela­mi air,” katanya.

Sementara itu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mewujudkan skuad bencana khas dianggotai 93 anggota DBKL bagi menghulurk­an bantuan menyelamat mangsa banjir di sekitar ibu negara.

Pengarah Jabatan Penguatkua­sa DBKL, Azman Mahmood berkata, skuad penyelamat itu terdiri daripada kakitangan­nya selain dari Jabatan Kesihatan dan Landskap DBKL yang kini berada dalam keadaan siap siaga.

“Pihak penguatkua­saan DBKL akan fokus dari segi proses menyelamat dan memindahka­n mangsa ke tempat yang selamat.

“Anggota dari bahagian kesihatan akan memeriksa keadaan mangsa, manakala kakitangan Jabatan Landskap DBKL akan menangani isu pokok tumbang.

“Banjir kerap kali berlaku kerana sistem perparitan yang kurang berkesan. Namun dalam hal itu, maklumat lanjut perlu dirujuk dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur (Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan),” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata bilik gerakan Jabatan Penguatkua­saan DBKL di Jalan Tun Razak, di sini akan beroperasi selama 24 jam sebagai kaunter pertanyaan lanjut dan aduan masyarakat terhadap isu berbangkit.

“Anggota bomba dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) turut berkerjasa­ma dengan DBKL dalam hal ini bagi mengelakka­n kejadian tidak diingini berlaku,” Hulu Langat: Sampai bila? Itu keluhan penduduk di tiga kampung di bawah Mukim Cheras, di sini, yang terus menjadi mangsa bencana banjir sejak enam tahun lalu.

Ketua Kampung Sungai Raya, Norlisman Abu, berkata, kejadian banjir menjadi semakin teruk di kawasan perumahan mereka sejak enam tahun lalu.

Menurutnya. projek pembanguna­n yang tidak terancang menjadi punca kawasan kampung dinaiki air setiap kali hujan lebat.

“Saya pernah lihat air mengalir umpama air terjun daripada kawasan sebuah projek pembanguna­n berhampira­n plaza tol Batu 9, saya juga sempat rakam dan hantar kepada wakil rakyat untuk tindakanny­a.

“Perkara itu sudah banyak kali dimaklumka­n kepada pihak yang berkenaan. Mereka memberi maklum balas mengatakan bakal ada projek membesarka­n longkang dalam masa terdekat,” katanya.

Ketua Kampung Batu 10, Napiah Harun berkata, ada ban (benteng sungai) yang dibina bagi mengelakka­n kawasan kampung dinaiki air, namun ia tidak mencukupi.

“Ia tidak dapat menampung air yang banyak mengalir ke Sungai Langat terutama kesan pembanguna­n di kawasan sekitar. Saya lihat macam tiada perancanga­n, kawasan penempatan baru dibina, tapi mengapa tidak dibina sekali kawasan tebatan banjir.

“Saya cadangkan pembinaan beberapa kolam takungan air di sekitar kampung dan sepanjang kawasan sungai, selain usaha untuk melebarkan dan mendalamka­n sungai,” katanya.

Menurut seorang penduduk yang hanya ingin dikenali sebagai Ramli, masalah banjir di kawasan itu sudah berlaku sejak tahun 2012.

“Dan ia bertambah teruk dari tahun ke tahun, banyak kali penduduk meminta campur tangan wakil rakyat namun masalah ini masih tidak dapat diselesaik­an.

“Pembanguna­n dibuat secara melulu, tanpa perancanga­n, sudahnya kawasan kampung seperti kawasan kami ini juga yang menerima ‘manfaat’ pembanguna­n,” katanya.

 ?? Azman ?? Pihak penguatkua­saan DBKL akan fokus dari segi proses menyelamat dan memindahka­n mangsa ke tempat yang selamat”
ROSMAWATI Yusuf membersihk­an pinggan mangkuk yang terkena lumpur di rumahnya di Kampung Batu 10, Cheras.
Azman Pihak penguatkua­saan DBKL akan fokus dari segi proses menyelamat dan memindahka­n mangsa ke tempat yang selamat” ROSMAWATI Yusuf membersihk­an pinggan mangkuk yang terkena lumpur di rumahnya di Kampung Batu 10, Cheras.
 ??  ?? PENDUDUK mengangkat barangan ketika membersihk­an rumah. MOHD Zulfakri Mohd Yunos mengangkat tilam di kawasan rumahnya di Kampung Melayu Ampang, semalam.
PENDUDUK mengangkat barangan ketika membersihk­an rumah. MOHD Zulfakri Mohd Yunos mengangkat tilam di kawasan rumahnya di Kampung Melayu Ampang, semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia