Harian Metro

Budi bicara beralas SOP

„ Penguat kuasa DBKL tunda kereta dimaki hamun pemilik

- Faris Fuad, Nurul Hidayah Bahaudin, Siti Nur Zawani Miscon dan Zarul Fitri Muhd Zamrie cnews@nstp.com.my

Sering dihadiahka­n maki-hamun selain dihujani kata-kata kesat. Itu situasi dihadapi segelintir penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ketika menjalanka­n tugas menunda kenderaan sekitar ibu negara.

Pegawai penguat kuasa DBKL, Zohani Rosol berkata, pihaknya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan mengamalka­n konsep komunikasi dua hala dengan orang ramai sebelum bertindak menunda kenderaan itu.

“Kami pernah dimarahi dan dimaki dengan kata-kata kesat oleh pemilik kenderaan kerana menunda kereta mereka.

“Kami sentiasa ada budi bicara, namun dalam masa sama terdapat SOP untuk dipatuhi,” katanya kepada wartawan.

Zohani berkata, pihaknya tidak akan menunda kenderaan yang menghalang lalu lintas sejurus tiba di lokasi kejadian, sebaliknya menunggu dan meminta individu terbabit mengalihka­n kenderaan ke kawasan atau petak parkir disediakan.

Sementara itu Pengarah Jabatan Penguatkua­sa DBKL Azman Mahmood berkata,

pihaknya memahami masalah dihadapi warga kota ini yang berdepan isu kekurangan tempat letak kenderaan terutama di kawasan tumpuan dan padat penduduk.

Katanya, pihaknya sedia maklum mengenai kesukaran meletakkan kenderaan yang dialami warga kota ini menyebabka­n DBKL bertimbang rasa dengan mengamalka­n dasar mesra masyarakat bagi memberi peluang kepada pemilik kenderaan untuk meletakkan kenderaan mereka dalam tempoh masa singkat.

“Mengikut prosedur operasi standard (SOP), kami beri peluang kepada pemilik yang meletakkan kenderaan di tempat dilarang, namun dengan syarat tidak menghalang laluan. Anggota bertugas akan menunggu selama 10 minit di kenderaan itu hingga pemilik tampil.

“Atas budi bicara, tindakan tidak akan dikenakan sekiranya pemilik tampil dalam tempoh 10 minit. Bagaimanap­un, bagi kesalahan

meletakkan kenderaan di kawasan larangan, kami hanya akan mengenakan saman tanpa mengapit kenderaan selagi ia tidak menghalang lalu lintas.

“Bagaimanap­un, bagi kenderaan yang menghalang lalu lintas, tindakan tunda akan dikenakan bagi mengelakka­n kesesakan di laluan berkenaan,” katanya.

Azman berkata, dalam tempoh satu minggu pertama pihaknya mengambil alih tindakan menunda dan mengapit kenderaan daripada syarikat swasta, pihaknya sudah menunda sebanyak 205 kenderaan di sekitar ibu kota ini kerana didapati menghalang lalu lintas.

“Secara purata kira-kira 30 kenderaan ditunda setiap hari atas kesalahan menganggu laluan. Kesalahan ini banyak dikesan di laluan utama sekitar pusat bandar seperti

kawasan Bukit Bintang, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Masjid India dan Jalan Ampang di sini.

“Selain itu, beberapa kawasan lain turut dikesan berdepan isu sama adalah Jalan Klang Lama, Jalan Imbi, Jalan Sultan Azlan Shah atas faktor kawasan terbabit adalah tapak pasar malam atau pusat komersial,” katanya.

Ada budi bicara serta ikut SOP yang

ditetapkan

Zohani Rosol

 ??  ?? AZMAN (kanan) meninjau keadaan kereta yang ditempatka­n di depoh kenderaan yang ditunda DBKL di Sentul.
AZMAN (kanan) meninjau keadaan kereta yang ditempatka­n di depoh kenderaan yang ditunda DBKL di Sentul.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia