Harian Metro

Didik hati takut berbuat dosa

-

setiap individu untuk dibuat penilaian di hadapan Rabbul Jalil.

Bahkan, perbuatan dosa atau mungkar tidak sekadar dihitung di akhirat, tetapi turut mengundang kemurkaan Allah ketika hidup di dunia lagi.

Ada kalanya apabila bentuk kemungkara­n itu semakin berleluasa serta dilakukan sewenang-wenangnya, maka tunggulah bala yang akan menimpa.

Bukan sedikit kaum terdahulu Allah binasakan mereka ketika hidup di dunia lagi. Kisah sedemikian bukan untuk dibaca semata-mata, tetapi perlu dijadikan iktibar buat diri kita yang hidup pada akhir zaman ini.

Sahabat Rasulullah SAW, Abdullah Ibnu Mas’ud ada memberitah­u situasi hati sahabat Rasulullah SAW berkenaan dosa dan mungkar.

Kata beliau: “Orang munafik akan memandang remeh terhadap dosa. Ia menganggap dosa laksana lalat yang terbang saja. Sebaliknya, orang-orang Mukmin akan melihat dosa seperti gunung yang akan jatuh menimpa dirinya.”

Kata-kata beliau itu adalah paparan lubuk hati sahabat Rasulullah SAW yang dididik rasa takut melakukan dosa.

Kita sudah melihat bukti sejarah dunia moden hari ini di mana bandar Pompei di Itali pernah diranapkan dan penghuniny­a dihancurka­n lantaran perkara keji yang mereka lakukan.

Malah, tinggalan artifak sejarah bandar itu masih boleh dilihat sehingga ke hari ini. Tetapi adakah kita belajar daripada kisah ngeri yang menimpa penghuni bandar itu?

Kejadian tsunami di Palu, Sulawesi yang meragut ribuan nyawa juga dianalisis sebagai antara kesan perbuatan mungkar dilakukan manusia.

Adakah ia benar, hanya Allah SWT saja yang Maha Mengetahui segala-galanya. Namun, sebagai umat Islam kita perlu yakin sebarang amalan syirik, mungkar dan maksiat dilakukan pasti ada balasannya.

Saidina Ali bin Abi Talib pernah ingatkan kita dengan berkata: “Tidak turun suatu bala bencana kecuali disebabkan dosa. Dan tidak diangkat (bala tersebut) kecuali disebabkan taubat.”

Kata-kata Saidina Ali itu selari dengan apa yang Allah SWT firmankan dalam Surah Asy-Syura ayat 30 bermaksud: “Apa jua yang menimpa kamu daripada sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (daripada perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian dosa daripada dosa-dosa kamu.”

Sebenarnya manusia cepat lupa ketika mereka hidup dikeliling­i nikmat dunia. Seolah-olah nikmat yang sedang dikecapi itu akan berlanjuta­n.

Hal ehwal peribadata­n dan agenda hidup tidak seiring dengan lunas yang digariskan Allah SWT. Apa saja dilakukan sesuka hati dan hanya menurut perasaan dan hawa nafsu.

Baca dan hayati bait-bait syair Arab ini: “Jika engkau berada dalam nikmat, peliharala­h dengan baik. Kerana dosa dapat menghilang­kan nikmat itu. Peliharaka­nlah nikmat dengan taat kepada Tuhan segenap hamba. Tuhan segenap hamba yang sangat cepat turunkan azab dan seksaan-Nya.”

Allah SWT berfirman dalam Surah al-A’raf, ayat 96 bermaksud: “Dan (Tuhan

„ Balasan daripada Allah boleh berlaku ketika di dunia lagi

berfirman lagi), sekiranya penduduk negeri itu beriman serta bertakwa tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaa­n) yang melimpah-limpah berkatnya dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustaka­n (rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka usahakan.”

Penulis pensyarah Politeknik Muadzam Shah, Pahang

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia