Harian Metro

Mari pulang ke tanah air

-

„ Kerajaan hapus halangan golongan profesiona­l ingin kembali tabur khidmat

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan akan menghilang­kan segala halangan yang menyebabka­n rakyat Malaysia di luar negara yang ingin kembali ke tanah air, berasa tidak dialu-alukan.

“Saya berjanji kepada anda semua. Perkara ini akan diperbetul­kan,” katanya, sambil menjelaska­n antara isu dihadapi golongan profesiona­l yang kembali ke Malaysia adalah kurangnya kemahiran dalam bahasa kebangsaan.

Perdana Menteri turut mengambil contoh doktor pakar yang mahu kembali ke Malaysia berdepan banyak halangan hingga menyebabka­n mereka rasa tidak dialu-alukan.

“Kita perlu lebih longgar dalam beberapa perkara. Di negara lain, warga asing yang memiliki kelayakan yang baik juga diterima, tetapi kita pula tidak memberikan sebarang peluang.

“Bagi kes tertentu, kita perlu menerima mereka. Walaupun mereka tidak memiliki kelayakan daripada segi bahasa, kita juga perlu melihat pada faktor lain,” katanya ketika berucap pada sesi minum petang bersama rakyat Malaysia yang menetap di negara ini, semalam.

Dr Mahathir berkata, rakyat Malaysia yang terdiri daripada kumpulan profesiona­l dan ahli perniagaan bekerja di merata-rata tempat ketika ini.

“Ada individu yang memiliki kelayakan dan kita boleh berbangga dengan mereka.

“Rakyat kita yang berpendidi­kan menyumbang kepada pembanguna­n negara lain. Tetapi jika pulang ke Malaysia, mereka juga boleh menyumbang kepada negara sendiri,” katanya.

Perdana Menteri berkata, rakyat Malaysia yang pulang ke tanah air akan membawa bersama pengalaman dan kerajaan perlu mengalu-alukan kehadiran mereka.

 ??  ?? DR Mahathir bersama isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali pada majlis minum petang bersama diaspora Malaysia, semalam. Turut hadir Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah (dua dari kiri) dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (kiri).
DR Mahathir bersama isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali pada majlis minum petang bersama diaspora Malaysia, semalam. Turut hadir Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah (dua dari kiri) dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (kiri).
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia