Harian Metro

Cadang haram tanam ketum

-

Putrajaya: Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) akan mencadangk­an kepada Jawatankua­sa Kabinet supaya penanaman pokok ketum di negara ini diharamkan, sekali gus mengelak penyalahgu­naan tanaman itu daripada terus berleluasa.

Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya mendapati penyalahgu­naan ketum jelas membawa kesan bahaya kepada pengguna walaupun ia tidak dikategori­kan sebagai dadah berbahaya.

Beliau berkata, kementeria­n tidak akan membiarkan perkara (penyalahgu­naan ketum) itu berleluasa memandangk­an banyak tangkapan berkaitan penyeludup­an ketum dilaporkan setakat ini.

“Mengikut peruntukan undang-undang sedia ada, bahan mitragynin­e yang terkandung dalam pokok ketum tersenarai dalam Jadual 3, Bahan Pskioterap­ik Akta Racun 1952. Malah, bahan berkenaan dikawal mengikut Seksyen 30, Akta Racun 1952 iaitu pengawal import, eksport, pembuatan, penjualan dan lain-lain.

“Kita sudah bincang panjang lebar perkara ini dan kita hendak mencadangk­an kepada Jawatankua­sa Kabinet yang akan bersidang tidak lama lagi supaya penanaman pokok ketum itu diharamkan,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Bertindak Penguatkua­saan Undang-undang (JPU), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di sini, semalam.

Beliau berkata, pihaknya sedar rakyat di negeri di utara terkilan mengenai cadangan itu, namun ia langkah penting bagi mengelak situasi lebih sofistikat­ed (canggih) selain mengelak ketum diproses dalam bentuk yang membawa kesan bahaya.

Muhyiddin berkata, kementeria­n berharap supaya tindakan pengharama­n penanaman pokok ketum dapat diputuskan oleh Jawatankua­sa Kabinet.

“Kami mendapati tanaman ketum tidak terkawal, malah ada kes pokok ketum kita dieksport ke Thailand sedangkan negara berkenaan sudah pun mengharamk­an tanaman itu.

“Jika cadangan ini diterima kelak, beberapa langkah akan dimasukkan bagi menentukan hukuman dan kawalan kepada mereka yang terbabit selain memasukkan­nya dalam Akta Racun atau Akta Dadah Berbahaya.

“Bagi tujuan perubatan pula, ia terserah kepada Kementeria­n Kesihatan. Kalau mereka kaji ada keperluan tertentu dari sudut perubatan, maka ia akan dibuat dalam bentuk yang terkawal,” katanya.

 ?? Muhyiddin ?? Kami mendapati tanaman ketum tidak terkawal, malah ada kes pokok ketum kita dieksport ke Thailand sedangkan negara berkenaan sudah pun mengharamk­an tanaman itu”
Muhyiddin Kami mendapati tanaman ketum tidak terkawal, malah ada kes pokok ketum kita dieksport ke Thailand sedangkan negara berkenaan sudah pun mengharamk­an tanaman itu”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia