Harian Metro

Sama-sama ke pasar

- Mohd Anwar Patho Rohman wananwar@nstp.com.my

„ Bung Moktar, Johari Abdul setuju periksa harga barang selepas pelaksanaa­n SST

Bermula dengan isu harga barang tidak turun walaupun Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) dilaksanak­an membawa kepada persetujua­n dua Ahli Parlimen untuk meninjau pasar secara bersama.

Sebelum itu, Ketua Whip Kerajaan Datuk Johari Abdul (PH PKR-Sungai Petani) rancak membahaska­n Rang Undang-undang Perbekalan 2019 sebelum dicelah Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN UMNO-Kinabatang­an) yang mendakwa harga barang masih tinggi walaupun SST dilaksanak­an.

“Mungkin Sungai Petani ada dengar video viral. YB Damansara (Tony Pua) berucap di sana sini, dengan SST harga barang akan turun.

“Kalau YB nak dengar, saya boleh kasi dengar (sambil menunjuk telefon bimbit) tapi harga barang tidak turun pun.

“Ini bajet ‘menteri kewangan kedua’ (Pua), tapi dibaca oleh Bagan (Lim Guan Eng),” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Mendengar namanya disebut Bung Moktar, Pua bingkas bangkit dan mencelah bagi menjawab dakwaan itu.

“Saya nak betulkan Kinabatang­an, jangan selalu putar belit ayat setengah saja.

“Saya kata dengan SST, harga barang akan jadi lebih murah berbanding ketika GST (Cukai Barang dan Perkhidmat­an). Itu saja dan ia dapat dibuktikan oleh Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna,” katanya.

Johari kemudian menyangkal kenyataan Bung Moktar sambil menegaskan Ahli Parlimen Kinabatang­an itu pasti menyedari penurunan harga barang jika pergi ke pasar.

“Saya yakin teman-teman saya yang bekas menteri, bekas timbalan menteri, sampai sekarang pun tak turun pasar.

“Dia (Bung Moktar) cuma dengar orang lapor, (dia) turut cakap. Yang sebenar (jika) turun pasar, harga memang turun kecuali kita pergi London, hotel.

“Tapi, kalau kita turun dan hidup seperti kami pernah hidup sebagai pembangkan­g, kami tahu yang harga memang turun.

“Tanyalah siapa pun, kecuali kita hidup seperti tidak mahu mengakui yang mereka sekarang pembangkan­g,” katanya.

Bung Moktar kemudian bangun dan mengajak Johari ke pasar untuk melihat sendiri harga barang yang tidak turun walaupun SST dilaksanak­an.

“Saya cadangkan jom kita turun ke pasar bersama. Saya orang kampung, pergi pasar hari-hari. Pasar orang kampung tau.

“Di luar negara pun saya pergi pasar orang kampung, bukan pasar raya. Yang pergi pasar raya Damansara (Pua) saja,” katanya.

Pelawaan Bung Moktar itu disambut Johari yang bersetuju melawat pasar bersama esok (hari ini) pada jam 6.30 pagi.

 ??  ?? BUNG Moktar
BUNG Moktar
 ??  ?? JOHARI
JOHARI
 ??  ?? PUA
PUA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia