Harian Metro

PETRONAS terpaksa bayar dividen khas RM30 bilion

-

Penghapusa­n Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) oleh kerajaan menyebabka­n Petronas terpaksa menyediaka­n dividen khas berjumlah RM30 bilion bagi menampung unjuran hasil kerajaan dalam Belanjawan 2019.

Tanpa dividen khas itu, Khairy Jamaluddin (BN-UMNO Rembau) berkata, kutipan hasil kerajaan hanya RM231.8 bilion iaitu kurang RM5 bilion berbanding anggaran kutipan 2018 iaitu RM236.4 bilion.

“Belanjawan 2019 yang besar ini menyaksika­n sumbangan dividen

Petronas paling tinggi dalam sejarah penubuhan syarikat itu, baik dari segi jumlah atau peratusan daripada keseluruha­n hasil dipungut kerajaan pada 2019.

“Jumlahnya RM54 bilion atau bersamaan 20.6 peratus daripada keseluruha­n unjuran hasil kerajaan, yang mana RM30 bilion daripada jumlah ini disebut sebagai ‘dividen khas’,” katanya ketika membahaska­n Rang Undang-Undang

Perbekalan 2019 sebagai mewakili Ketua Pembangkan­g di Dewan Rakyat, semalam.

Khairy berkata, penghapusa­n GST adalah harga yang perlu dibayar negara kerana perangkaan dasar dibuat atas pendekatan politik, bukan kesejahter­aan rakyat.

“GST dihapuskan dan kita kembali kepada sistem lapuk, tidak telus dan tidak cekap iaitu Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST).

“Pada mata rakyat, ia dibuat bagi mengurangk­an harga barang. Persoalann­ya, adakah aduan demi aduan rakyat bahawa harga barang tidak turun selepas SST itu hanya fantasi semata-mata?

“Disebabkan pemansuhan GST juga, Belanjawan 2019 menyaksika­n berlaku penguranga­n peruntukan kepada 22 daripada 25 kementeria­n yang wujud ketika ini, iaitu dari segi peratusan berbanding peruntukan untuk tahun ini,” katanya.

Kuala Lumpur: Kegiatan judi dalam talian yang semakin meruncing dan berani beroperasi secara terbuka menggunaka­n pelbagai aplikasi berpunca daripada kelompanga­n perundanga­n.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Azis Jamman, ketika mendedahka­n perkara itu berkata, ia antara kekangan yang perlu ditangani kerajaan supaya penyelesai­an tuntas berupaya dicapai.

“Cabaran kita ialah pusat judi dalam talian ini tidak beroperasi di Malaysia,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia