Harian Metro

Cabaran banteras judi dalam talian

-

sebaliknya server (pelayar) mereka berpangkal­an di luar negara dan menggunaka­n protokol internet (IP) berbeza.

“Apabila kita laporkan laman web yang mengendali­kan operasi judi dalam talian ini kepada Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk sekat IP, mereka hanya perlu tukar nombor berkenaan.

“Ia sekali gus menyukarka­n kita,

malah pernah dinyatakan Menteri Komunikasi dan Multimedia (Gobind Singh Deo) bahawa wujud kira-kira 700,000 talian prabayar yang diragui di negara ini,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau menjawab soalan tambahan Khoo Poay Tiong (PH-DAP Kota Melaka) berhubung usaha kerajaan membantera­s penularan operasi judi dalam talian, selain menggunaka­n peruntukan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 terhadap dalang kegiatan berkenaan.

Berdasarka­n operasi sebelum ini, Azis berkata, pihak berkuasa berdepan cabaran

untuk membantera­s judi dalam talian kerana kegiatan terbabit tidak membabitka­n sebarang transaksi tunai.

Beliau berkata, modus operandi sedemikian menyebabka­n pihak berkuasa tidak mempunyai bukti atau sebab untuk ‘kaki judi’ dalam talian ditahan dan disabitkan bersalah.

“Kita tangkap tapi mereka kata hanya main ‘game’ dan muat turun aplikasi, selain tidak membabitka­n sebarang transaksi tunai.

“Mengenai penggunaan AMLATFPUAA, ia sedang dirujuk kepada unit perundanga­n kementeria­n kerana operasi ini tidak babitkan transaksi tunai,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) berhubung penularan kegiatan judi haram, Azis berkata, polis sukar membantera­s isu berkenaan berikutan faktor tertentu.

 ??  ?? AZIS
AZIS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia