Harian Metro

Tak perlu gelojoh sangat...

-

Alor Setar: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Chempedak Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail, memberi bayangan untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) selepas membuat keputusan keluar daripada UMNO, semalam.

Ku Abd Rahman yang juga bekas EXCO kerajaan negeri ketika pentadbira­n Barisan Nasional (BN) di Kedah berkata, beliau bercadang menjadi ahli parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH), sedang meneliti parti yang paling dekat dengan perjuangan dalam UMNO sebelum membuat keputusan untuk menyertain­ya.

Mengulas lanjut, Ku

Abd Rahman berkata, pihaknya memerlukan masa untuk mengenali lebih dekat kepimpinan PH Kedah yang lain kerana sehingga kini beliau hanya ‘mengenali’ Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

“Ada kot (agaknya), tetapi saya sedang tengok parti mana yang saya akan jadi ahli, ia akan ambil masa sebab saya fikir tidak payah gelojoh sangat umpama orang berkahwin yang baru bercerai nak terus nikah lain.

“Namun saya akan melihat pada parti yang perjuangan­nya tidak jauh kalau tak sama betul-betul pun ia masih dekat dengan UMNO kerana perjuangan saya terhadap bangsa, agama dan negara akan tetap diteruskan, namun sehingga kini saya belum terima sebarang pelawaan lagi.

“Saya belum jadi ahli parti dalam mana-mana komponen PH kerana baru nak kenali mereka, saya mengenali Mukhriz sebab pernah bekerja dengan beliau yang melantik saya sebagai EXCO, yang lain belum kenal lagi,” katanya pada sidang di Wisma Darul Aman, di sini.

Terdahulu, pengumuman mengenai keputusan Ku Abd Rahman keluar daripada UMNO, sekali gus menjadi ADUN Bebas dibuat oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah Datuk Ahmad Kasim pada sidang DUN ke-14 Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama.

Ahmad berkata, Ku

Abd Rahman sudah menyerahka­n surat mengenai keputusann­ya itu kepada pihak DUN Kedah, semalam. Melaka: Bekas Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron mendakwa seolah-olah ada unsur sabotaj apabila dirinya hanya diberikan notis jemputan pada saat akhir pada Majlis Lawatan Presiden UMNO ke Melaka, kelmarin.

Beliau juga mengakui terkejut dan kecewa apabila mendakwa hanya dimaklumka­n mengenai kehadiran Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada

Khamis lalu, menyebabka­n dirinya tidak dapat memenuhi undangan ke majlis itu kerana tuntutan ke program lain.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang turut membangkit­kan kewajaran program berkenaan yang seolah-olah ‘disengajak­an’ dianjur bersebelah­an ‘kawasannya’ iaitu di DUN Paya Rumput yang menyaksika­n UMNO dan Barisan Nasional (BN) tewas teruk dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

“Presiden parti datang di (sebelah) kawasan saya di Sungai Udang dan saya tidak dapat hadir.

“Pertamanya, saya percaya apabila Presiden nak datang ini bukan secara tiba-tiba, sudah pasti ada perancanga­n dan pengendali­annya,” katanya.

 ??  ?? DR Ku Abd Rahman
DR Ku Abd Rahman

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia