Harian Metro

Pupuk pelajar lebih prihatin

-

Kuantan: Masuk hutan untuk dekati masyarakat memerlukan. Itu antara usaha murni 29 penuntut Kolej Universiti Yayasan Pahang (UCYP) yang mengadakan program kemasyarak­atan di perkampung­an Orang Asli Batu 55 Maran, di sini.

Program Kembara Mahabbah itu mendedahka­n penuntut dengan kehidupan masyarakat Orang Asli serta kepayahan hidup dialami.

Naib Canselor UCYP, Prof Emeritus Datuk Dr Ahmad Zainuddin berkata, program berlangsun­g dua hari itu bertujuan membina hubungan baik antara pelajar dan masyarakat termasuk Orang Asli.

“Ia juga bertujuan memupuk sifat kerjasama pelajar selain menghasilk­an graduan yang prihatin dengan kehidupan masyarakat majmuk di negara ini,” katanya, semalam.

Menerusi program Kembara Mahabbah itu, beliau berkata, antara aktiviti yang dilakukan adalah melakukan sembelihan korban serta mengagihka­n daging lembu kepada masyarakat setempat.

Katanya, aktiviti seumpama itu bukan saja menarik minat penduduk kampung malah mengeratka­n hubungan silaturahi­m antara pelajar dan masyarakat Orang Asli.

“Pada sebelah malam kita adakan sesi suai kenal serta pengagihan sumbangan daripada UCYP.

“Keesokanny­a pula kita anjurkan program sukaneka bersama anak-anak Orang Asli,” katanya.

Dr Ahmad juga berkata, aktiviti kemasyarak­atan dianjurkan itu juga sebahagian inisiatif luar bandar sejahtera (SDGI) bagi memastikan pembabitan pelajar ke arah pembanguna­n masyarakat luar bandar.

 ??  ?? DR Ahmad
DR Ahmad

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia