Harian Metro

Sultan rajin baca buku

- Shahrinnah­ar Latib cnews@nstp.com.my

„ Perpustaka­an Awam Pahang ambil nama Sultan Haji Ahmad Shah

Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, semalam berkenan menamakan Perpustaka­an Awam Pahang di Jalan Kemunting, di sini sebagai Perpustaka­an Sultan Haji Ahmad Shah.

Tengku Abdullah bertitah, perpustaka­an itu dinamakan sempena nama ayahanda baginda bagi memuliakan Hari Keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah pada tahun ini.

Baginda bertitah, cadangan itu juga sesuai dengan keperibadi­an Sultan Ahmad Shah yang disifatkan sebagai ‘ulat buku’.

“Saya ingin berkongsi mengenai minat membaca ayahanda yang amat mendalam. Apabila saya ingin mengadap ayahanda di dalam bilik, saya perlu melalui kiri dan kanan pelbagai jenis bahan bacaan.

“Tuanku Sultan begitu bersungguh-sungguh dan berminat untuk membaca buku sewaktu berehat. Saya boleh anggap Tuanku seorang ‘ulat buku’ kerana minat kepada pelbagai bahan bacaan.

“Minat Sultan membaca buku sewaktu berehat dan terdapat pelbagai koleksi peribadi membuatkan baginda sangat berpengeta­huan luas dengan ilmu dan fakta menarik,” titah baginda ketika berangkat mencemar duli merasmikan bangunan Perpustaka­an Awam Pahang di Jalan Kemunting di sini, semalam.

Turut berangkat, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h.

Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Pengerusi Jawatankua­sa Sains, Teknologi, Teknologi Hijau, Komunikasi dan Multimedia Pahang, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff.

Dalam pada itu, baginda juga meminta semua pihak memperheba­tkan program berkaitan tulisan jawi kerana ia adalah warisan bangsa Melayu yang perlu dipertahan­kan.

“Selain daripada apa yang dilaksanak­an oleh pihak perpustaka­an, kita juga perlu ada inisiatif mengajar, mendidik, memperkema­s dan memperluas­kan tentang tulisan jawi kerana ia adalah warisan bangsa kita.

“Pihak berkaitan perlu mengusahak­an soal tulisan jawi ini supaya diangkat menjadi lebih baik. Malah tulisan Cina dan India juga perlu dipelajari dan diperluas supaya kita boleh dijadikann­ya sebagai pusat sehenti untuk semua jenis pendidikan dan pengetahua­n,” titahnya.

Baginda juga meminta rakyat menjadikan semua 74 perpustaka­an di negeri ini sebagai gedung menuntut ilmu.

“Masyarakat mesti cakna dan mengambil serius perkara ini serta memanfaatk­an perpustaka­an sebagai sumber gedung ilmu,” titahnya.

 ??  ?? TENGKU Abdullah (tengah) dan Tunku Azizah Aminah Maimunah (kiri) meninjau ruangan pameran selepas merasmikan bangunan Perpustaka­an Awam Pahang.
TENGKU Abdullah (tengah) dan Tunku Azizah Aminah Maimunah (kiri) meninjau ruangan pameran selepas merasmikan bangunan Perpustaka­an Awam Pahang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia