Harian Metro

Pelajar sesat di air terjun ditemui selamat Pakai motor curi

- Cnews@nstp.com.my

Seorang remaja lelaki yang dilaporkan sesat selepas terpisah dalam kumpulanny­a ketika aktiviti mendaki di hutan berhampira­n Air Terjun Sungai Lepoh, kelmarin, ditemui selamat oleh orang awam jam 2 petang semalam.

Dalam kejadian jam 4 petang itu, mangsa, Amirul Rashid Mohd Aminadahal­lah, 16, dikatakan bersama 40 pelajar dan guru pengiring melakukan aktiviti berkenaan sebelum disedari hilang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tun Hussein Onn Mohamad Akmal Mohamad Khairi berkata, pihaknya dimaklumka­n orang awam yang menemui mangsa berhampira­n pos kawalan operasi jam 2.10 petang semalam.

“Mangsa ditemui dalam keadaan lemah, namun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Perbuatan enam pemungut sampah yang dipercayai menggunaka­n dan memiliki motosikal curi mengundang padah apabila mereka ditahan polis Sabtu lalu di Tapak Pelupusan Sanitari Jeram, Jalan Bukit Kerayong, Kuala Selangor.

Mereka ditahan dalam Ops Lejang Khas membabitka­n anggota dan pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Klang Utara bersama Pasukan Ronda Cegah Jenayah Balai Polis Sungai Kapar Indah.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mazelan Paijan berkata, tangkapan pertama membabitka­n lelaki warga Indonesia berusia 33 tahun yang menaiki motosikal curi pada jam 6 petang di tapak pelupusan sampah itu.

Menurutnya, pihaknya kemudian menahan empat lagi lelaki dan seorang wanita yang turut menggunaka­n motosikal curi di sekitar kawasan tapak berkenaan.

“Mereka yang ditahan adalah dua lelaki dan seorang

„ Enam pemungut sampah ditahan miliki motosikal kebas

wanita warga Indonesia, dua lelaki warga Bangladesh dan seorang lelaki warga tempatan berusia 22 hingga 55 tahun.

“Susulan penahanan enam suspek itu, lima lagi motosikal curi dijumpai di rumah kongsi yang terletak di tapak pelupusan sampah berkenaan.

“Motosikal ini dipercayai digunakan untuk kemudahan mereka bekerja di tapak pelupusan itu dan motosikal curi itu berjenama Yamaha, Honda dan Modenas,” katanya pada sidang media di IPD Klang Utara semalam.

Mazelan berkata, susulan kejayaan itu pihaknya percaya dapat menyelesai­kan 11 kes membabitka­n motosikal curi di beberapa daerah di negeri itu termasuk empat di Klang Utara dan masing-masing dua kes di Kuala Langat, Petaling Jaya dan Shah Alam manakala satu kes dilaporkan di Kuala Selangor. “Semua motosikal itu dilaporkan hilang sejak 2014 sehingga tahun ini dengan anggaran kerugian RM22,000.

“Semua pemungut sampah terbabit direman empat hari bermula semalam. Lima lelaki warga asing yang ditahan itu juga tiada dokumen perjalanan sah.

“Siasatan awal kami juga mendapati mereka membeli motosikal ini yang dijual dengan harga RM250 hingga RM500 daripada seorang lelaki yang juga warga tempatan.

“Kami akan siasat dakwaan itu dan usaha untuk mengesan lelaki berkenaan dijalankan. Pada masa sama, kami juga menyiasat jika mereka ini terbabit dalam kes curi motosikal,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 379 (A) Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan.

 ??  ?? MAZELAN (kanan) bersama anggotanya melihat motosikal curi yang dirampas.
MAZELAN (kanan) bersama anggotanya melihat motosikal curi yang dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia