Harian Metro

3 saat selisih ajal

- Zuliaty Zulkiffli cnews@nstp.com.my

“Cuma tiga saat memisahkan saya daripada maut kerana sebaik melangkah keluar dari bilik air, alang kayu dan bumbung dapur rumah tiba-tiba runtuh akibat pusaran angin kencang yang melanda kampung ini petang semalam (kelmarin),” kata Afiqah Mohamad, 24.

Dalam kejadian jam 7.30 malam, 17 rumah di empat kampung iaitu Kampung Matang Paku, Matang Bonglai, Kampung Pida 7 dan Pida 8 mengalami kerosakan bumbung akibat diterbangk­an angin.

Afiqah berkata, dia bersama ibu, bapa dan dua adiknya berlindung di ruang tamu kerana hujan terlalu lebat.

Tidak lama kemudian katanya, bumbung di ruang tamu turut diterbangk­an angin menyebabka­n mereka berlari berlindung di tepi pintu selain tawakal dengan apa yang berlaku.

“Kami tak boleh keluar sebab angin kuat dan air hujan mencurah-curah ke dalam rumah. Jadi kami hanya duduk di tepi pintu depan menunggu hujan reda.

“Ketika itu saya nampak kepingan bumbung jiran diterbangk­an angin sehingga tengah sawah dan kami hanya mampu menjerit Allahuakba­r,” katanya di Kampung Matang Paku, di sini, semalam.

Afiqah berkata, dia yang tinggal di Sanglang pulang ke rumah itu kelmarin, untuk menemani ibunya, Arohani Osman, 48, membeli barangan dapur di Pekan

Air Hitam, di sini.

Jirannya, Mohd Ariff Yusof, 25, berkata, dia lihat tingkap rumah terangkat berkali-kali kerana angin kuat sebelum siling jatuh.

Katanya, bunyi angin kuat seperti orang melempar batu sangat menakutkan dan kejadian berlaku tidak sampai tiga minit.

“Saya bersyukur kami selamat walaupun bahagian dalam rumah dipenuhi air manakala bumbung belakang diterbangk­an angin,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kubang Pamotong su Kapten (PA) Kamarulzam­al Kasa berkata, pemeriksaa­n mendapati kebanyakan bumbung rumah penduduk rosak.

Beliau berkata, 15 anggotanya ke lokasi untuk membantu penduduk membersihk­an kawasan selain me-

„ Bumbung 17 rumah dibadai ribut tiga minit lepas Maghrib

dahan pokok tumbang.

Dalam pada itu, Pegawai Khas kepada Menteri Besar Kedah Datuk Aziz Mahamud berkata, pihaknya menyampaik­an sumbangan peribadi daripada Menteri Besar kepada setiap mangsa ribut.

 ??  ?? BUMBUNG zink tercabut.
AFIQAH melihat dapur rumahnya yang musnah dipukul ribut.
BUMBUNG zink tercabut. AFIQAH melihat dapur rumahnya yang musnah dipukul ribut.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia