Harian Metro

Pantai Timor Mart buka cawangan ketujuh

-

Kota Bharu: Pantai Timor Mart membuka sebuah lagi cawangan di Kampung Kota, di sini, yang menyediaka­n kemudahan tempat membeli-belah selesa kepada masyarakat setempat.

Pengurusny­a, Susie Yeoh berkata, ia kedai serbaneka cawangan ketujuh di Kelantan yang menjual pelbagai barangan kering dan basah sejajar permintaan pelanggan.

Katanya, pihaknya menyasarka­n penduduk kampung di kawasan itu yang tidak perlu lagi menempuh kesesakan lalu lintas untuk ke bandar Kota Bharu bagi mendapatka­n barangan dapur atau membeli keperluan lain.

“Kami menyediaka­n pelbagai pilihan makanan kering dan basah, perkakas elektrik, mainan dan sebagainya dengan harga berpatutan serta mampu milik.

“Malah, dengan pembukaan Pantai Timor Mart juga, kami membuka peluang pekerjaan dengan mengutamak­an pekerja tempatan.

“Lebih menarik, kedai serbaneka ini sentiasa menawarkan harga terbaik dengan promosi secara langsung dari semasa ke semasa demi kepuasan pelanggan,” katanya selepas majlis perasmian Pantai Timor Mart di Kampung Kota, di sini, semalam.

Majlis perasmian disempurna­kan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Billion Group Jody Porter, Pengarah Urusan Wong Chee Leong serta Pengurus Operasi Tan He Khon.

Susie berkata, penubuhan Pantai Timor Mart menunjukka­n kesan positif dan diterima ramai dengan sambutan baik setiap kali pembukaann­ya sebelum ini.

“Kami teruja membuka satu lagi cawangan baharu iaitu di Jalan Pintu Geng, di sini yang dijangka dirasmikan bulan hadapan.

“Saya harap Pantai Timor Mart menjadi pilihan ramai kerana kami sentiasa memastikan keselesaan pelanggan selain menyediaka­n barangan berkualiti dan memenuhi keperluan masyarakat,” katanya.

 ??  ?? ORANG ramai mengujungi Pantai Timor Mart cawangan Kampung Kota.
ORANG ramai mengujungi Pantai Timor Mart cawangan Kampung Kota.
 ??  ?? PELBAGAI pilihan sayur segar dijual di Pantai Timor Mart.
PELBAGAI pilihan sayur segar dijual di Pantai Timor Mart.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia