Harian Metro

Zunar fail saman mohon 20 karya dipulangka­n

- Izlaily Nurul Ain Hussein izlaily@nstp.com.my

Georgetown: Kartunis antarabang­sa, Zulkiflee SM Anwarul Haque atau lebih popular dengan panggilan Zunar memfailkan saman sivil di Mahkamah Tinggi di sini semalam, memohon 20 karyanya yang dirampas polis ketika melakukan pameran di negeri ini dua tahun lalu dipulangka­n.

Dalam saman difailkan menerusi peguamnya, Cecil Rajendra, Zunar juga meminta pampasan ganti rugi RM380,000 untuk masalah tekanan, malu dan kesukaran dialami selain kehilangan mata pencarian dan penurunan nilai harga karyanya.

Beliau juga meminta polis membuat permohonan maaf secara terbuka atas tindakan tidak adil diambil ke atasnya, selain kos ganti rugi.

Zunar menamakan Pegawai Penyiasat Kanan Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut Asisten Superinten­dan Rusli Tipu, Ketua Polis Negara dan kerajaan Malaysia sebagai defendan pertama, kedua dan ketiga.

“Saya pandang perkara ini (memberi rasuah) serius. Walaupun kecil (jumlah), kita mahu didik masyarakat, tak mahu masyarakat kita rosak. Lain kali tak mahu buat lagi (memberi rasuah),” kata Hakim Mahkamah Sesyen, Kamarudin Kamsun.

Beliau menegur tindakan dua tertuduh, Chye Elik, 26, dan Tan Soo Lian, 33, yang didakwa memberi rasuah RM50 kepada penjawat awam di sini, semalam.

Kamaruddin berkata demikian sebelum menjatuhka­n hukum secara berasingan terhadap dua kes.

Dua individu termasuk seorang bekas Lans Koperal polis dilepas dan dibebaskan Mahkamah Tinggi di sini semalam atas pertuduhan membunuh lelaki di dalam reban ayam di Kajang, tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Azmi Ariffin membuat keputusan itu terhadap Kamarul Zaimi Kamaruddin, 38, dan dan bekas anggota polis, Mohamad Akir Abdul Aziz, 29, selepas pihak

Mahkamah menjatuhka­n hukuman penjara tujuh hari dan denda RM10,000 terhadap Chye yang mengaku bersalah bagi tuduhan memberi suapan RM50 kepada anggota polis peronda lebuh raya.

Ia sebagai dorongan tidak mengambil tindakan terhadapny­a yang melakukan kesalahan mengikut Akta Pengangkut­an Jalan 1987 iaitu cukai jalan dan insurans kenderaan tamat tempoh.

Tertuduh kedua, Soo Lian dihukum penjara tiga hari dan didenda RM10,000 selepas wanita itu mengaku bersalah bagi tuduhan memberi suapan RM50 kepada penguat kuasa Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Cawangan Segamat sebagai dorongan tidak mengambil tindakan ke atasnya yang didapati memandu kereta bercermin gelap.

Chye didakwa melakukan kesalahan itu di Kilometer 164, Lebuhraya Ayer Keroh-Pagoh jam 5.30 petang pada 31 Julai lalu manakala Soo Lian pula didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Pee Kang Hai, Segamat jam 11 malam pada 14 Februari lalu.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan dibaca bersama Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Chye yang bekerja sebagai jurujual jam tangan dalam rayuannya memohon hukuman denda kerana insaf dan tidak akan mengulangi perbuatan itu.

Soo Lian yang juga ibu kepada dua anak juga mengakui sedar dengan perbuatan itu dan memohon denda paling rendah memandangk­an itu kesalahan pertama dilakukann­ya.

Pegawai Pendakwa SPRM Mohamad Anis Redza Mohamad Anuar memohon mahkamah menjatuhka­n hukuman setimpal kerana kedua-dua tertuduh mengaku bersalah dan mengambil kira kepentinga­n awam.

Mahkamah kemudian menjatuhka­n hukuman itu dan turut memerintah­kan tertuduh yang tidak diwakili peguam dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda.

 ??  ?? ZUNAR (kanan) bersama Rajendran di Mahkamah Sesyen dan Majistret Sivil Pulau Pinang, semalam.
ZUNAR (kanan) bersama Rajendran di Mahkamah Sesyen dan Majistret Sivil Pulau Pinang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia