Harian Metro

Organisasi perlu tangani masalah penipuan

-

Organisasi perlu memperuntu­kkan sebahagian perbelanja­annya untuk mendidik dan melatih pekerja mengenai kegiatan penipuan yang semakin berkembang pantas ketika ini.

Ketua Pegawai Pematuhan dan Kawal Selia Kumpulan Kenanga Investment Bank Bhd (KIBB), K Maheswari berkata, jika organisasi tidak mengambil langkah menangani masalah penipuan, mereka tidak akan dapat mengesan dan menghentik­an kegiatan itu, sekali gus menyebabka­n kerugian yang besar kepada syarikat.

Katanya, KIBB mempunyai peruntukan untuk mendidik pekerja mereka menerusi seminar atau kelas latihan mengenai kegiatan penipuan yang sering berlaku dan modus operandi terbaru yang dilakukan.

“Semuanya bermula dengan pendidikan, apabila organisasi kami mengalami situasi seperti kehilangan laporan, kami cuba untuk belajar dan menanganin­ya dengan langkah baru.

“Jika anda mendidik pekerja dengan betul, mereka mungkin boleh mengenal pasti penipuan itu lebih awal dan jika ia dikesan lebih awal, lebih mudah untuk kami meminimumk­an penipuan itu dan kemudian menghapusk­annya. Adalah penting untuk penipuan ini dikenal pasti lebih awal supaya kos kerugian dapat dikurangka­n seminimum mungkin.

“Tahun lalu kami meraikan empat orang pekerja kami yang berjaya mengesan penipuan dan menghentik­annya kerana mereka selangkah lebih ke depan dengan mempersoal­kan dan meminta butiran lebih lanjut selepas menemui sesuatu yang tidak kena,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis pelancaran Minggu Kesedaran Penipuan 2018 di sini, semalam.

 ??  ?? MAHESWARI
MAHESWARI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia