Harian Metro

PLATFORM TERBAIK

- Nur Izzati Mohamad bisnes@hmetro.com.my

„ AmBank sedia bantu usahawan PKS kembang perniagaan

AmBank (M) Bhd (AmBank) komited membantu usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mengembang­kan perniagaan melalui Cabaran Keusahawan­an AmBank BizRACE.

Usahawan yang mempunyai perniagaan lebih satu tahun, pendapatan tahunan kurang daripada RM100 juta dan mencari cara mengembang­kan perniagaan berpeluang menerima ganjaran bernilai RM2 juta menerusi AmBank BizRACE.

Pengarah Urusan Perbankan Perniagaan AmBank, Christophe­r Yap Huey Wen berkata, pihaknya menetapkan kriteria itu bagi memastikan hanya PKS yang mempunyai komitmen dan semangat untuk membawa serta mengembang­kan perniagaan ke tahap lebih tinggi layak menerima ganjaran terbabit.

Katanya, cabaran musim kedua yang akan berlangsun­g sehingga 24 Disember itu memberi kelainan berbanding musim pertama tahun lalu.

“Sebagai institusi kewangan, AmBank bukan hanya memberi pinjaman kewangan semata-mata, sebaliknya cuba membantu PKS untuk meningkatk­an skala perniagaan dan kemahiran dalam usaha mengurangk­an kadar kegagalan yang dialami.

“Oleh itu, pelaksanaa­n AmBank BizRACE dan siri jelajah persidanga­n AmBank akan membantu mengenal pasti usahawan yang inginkan kejayaan dalam perniagaan mereka dengan menyediaka­n platform terbaik menerusi program ini,” katanya di majlis pelancaran program itu di sini, semalam.

Hadir sama, Naib Presiden Kanan Portfolio Pembanguna­n Perbankan Perniagaan AmBank, Tay Ming Han.

Huey Wen berkata, mengikut statistik pada tahun lalu, kadar pinjaman yang tidak mampu dibayar balik oleh PKS meningkat RM3 bilion iaitu daripada RM7 bilion pada 2016 kepada RM10 bilion.

Angka itu, katanya, menunjukka­n kadar kegagalan dialami usahawan PKS begitu tinggi dan perlu dibantu memandangk­an 95 peratus ke 96 peratus tumpuan perniagaan di negara ini membabitka­n sektor PKS.

Sehubungan itu, beliau berharap lebih ramai usahawan akan menyertai cabaran musim kedua itu.

Tahun lalu, katanya, seramai 1,000 usahawan PKS menyertai cabaran itu selepas pihaknya mengadakan jelajah persidanga­n perniagaan di seluruh negara.

Bagi cabaran tahun ini, pemenang berpeluang mendapat pendedahan media untuk perniagaan mereka, pengalaman program pembanguna­n eksekutif bernilai RM310,000, program Pembanguna­n Eksekutif yang berpangkal­an di United Kingdom bernilai RM265,000 dan lawatan lapangan pembelajar­an di China bernilai RM340,000.

Selain itu, AmBank turut menawarkan Anugerah Pendidikan Eksekutif UTM-Azman Hashim Internatio­nal Business School (AHIBS) bernilai RM21,000, Anugerah Strategi Pemasaran Media Prima bernilai RM30,000 dan Anugerah Transforma­si Digital bernilai RM50,000.

 ??  ?? CHRISTOPHE­R
CHRISTOPHE­R

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia