Harian Metro

Belanjawan 2019 dilihat mampu tarik pelaburan

-

Cadangan dalam Belanjawan 2019 akan mengukuhka­n lagi kedudukan Kuala Lumpur sebagai hab perniagaan, inovasi dan sumber bakat bagi perusahaan multinasio­nal gergasi (MNC), kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) InvestKL, Datuk Zainal Amanshah.

Langkah yang dicadangka­n dilihat akan membantu menarik pelaburan langsung asing, termasuk peruntukan berjumlah RM210 juta bagi menggalakk­an peralihan ke arah Industri 4.0 (IR 4.0) serta rancangan untuk meningkatk­an kemahiran graduan tempatan, katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Greater Kuala Lumpur telah menjadi lokasi yang sesuai, menempatka­n banyak MNC dengan teknologi IR 4.0 yang akan mempromosi serta menarik lebih banyak syarikat multinasio­nal untuk menggunaka­n kawasan ini bagi mengasaska­n perniagaan mereka sehingga menukarkan kota ini kepada hab inovasi digital serantau.

Sementara itu, CEO Hitachi Sunway Informatio­n System Group, Cheah Kok Hoong meramalkan peningkata­n penggunaan IR 4.0 akan membawa kepada pertambaha­n permintaan bagi pengurusan penyelesai­an keselamata­n siber, perkhidmat­an pusat data dan pengurusan kitaran hayat produk.

“Malaysia sedang dalam laluan bagi memperkuku­hkan dirinya sendiri. Kami yakin transforma­si digital seperti Internet untuk Pelbagai Perkara dan Kecerdasan Buatan akan penjadi pemacu pemboleh pertumbuha­n negara.

“Oleh itu, dengan pengenalan beberapa insentif cukai, ini akan mempercepa­tkan penggunaan IR 4.0,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia