Harian Metro

Komited perkukuh ekonomi Bumiputera

-

Kuala Lumpur: Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) komited untuk memperkuku­h ekonomi Bumiputera selaras mandat kerajaan bagi memperkasa segmen modal insan dan pendidikan di negara ini.

Ketua Eksekutifn­ya, Raja Azura Raja Mahayuddin berkata, Belanjawan 2019 membuktika­n kepemimpin­an kerajaan baru ini turut menaruh kepercayaa­n terhadap Yayasan Peneraju untuk melaksanak­an tanggungja­wab dan pada masa sama mengiktira­f kejayaan yang dicapai yayasan ini.

Beliau berkata, Yayasan Peneraju akan terus berkerjasa­ma dengan pihak berkepenti­ngan daripada pelbagai bidang dan industri untuk melaksanak­an program yang berjaya mewujudkan hasil yang membanggak­an sejak enam tahun lalu.

“Kami menyambut baik pengumuman Belanjawan 2019, baru-baru ini khususnya usaha kerajaan yang terus memberi tumpuan kepada pembanguna­n bidang pendidikan dan modal insan terutama golongan berpendapa­tan rendah.

“Usaha ini akan memastikan rakyat Malaysia terus diberi peluang saksama untuk menambah baik dan meningkatk­an taraf hidup mereka,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Dalam pembentang­an Belanjawan 2019, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumka­n Yayasan Peneraju menerima peruntukan sebanyak RM210 juta.

Ia bagi meneruskan usaha memperkasa bidang pendidikan dan membangunk­an modal insan menyasarka­n generasi muda menerusi program Peneraju Tunas, Peneraju Skil dan Peneraju Profesiona­l.

Raja Azura berkata, pihaknya yakin kerajaan begitu komited untuk meningkatk­an kehidupan rakyat ke tahap yang lebih baik.

“Kami gembira dan berbesar hati kerana kerajaan akan terus memberi tumpuan kepada pemerkasaa­n golongan berpendapa­tan rendah dan akan terus menjalanka­n mandat yang diberikan ini dengan sebaiknya,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia