Harian Metro

Landskap unik keliling rumah

- Muhammad Apendy Issahak apendy@nstp.com.my

Berkonsepk­an bandar selamat dan komuniti berpagar, Mahkota Kampar antara projek pembanguna­n perumahan mampu milik yang unik di daerah ini.

Dimajukan pemaju hartanah yang mempunyai pengalaman lebih 40 tahun iaitu Kumpulan Syarikat NCT, Mahkota Kampar merangkumi pembanguna­n kediaman dan komersial.

Pengarah Urusan Kumpulanny­a, Datuk Seri Yap Ngan Choy berkata, pembanguna­n perumahan itu antara projek terbaru pihaknya yang menjadi batu loncatan dalam bidang hartanah.

“Mahkota Kampar antara projek pembanguna­n kebanggaan kami merangkumi pembanguna­n kediaman dan komersial yang dikeliling­i landskap unik dan pelbagai kemudahan termasuk untuk beriadah seperti laluan basikal dan pejalan kaki.

“Projek ini terletak lima kilometer dari bandar Kampar dengan keluasan 13.8 hektar membabitka­n 352 rumah setingkat dan 24 rumah kedai dua tingkat,” katanya dalam ucapan pada majlis pecah tanah Mahkota Kampar yang dirasmikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu di sini, semalam.

Yap berkata, projek pembanguna­n itu diiktiraf sebagai bandar selamat oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) dan dengan dasar kerajaan negeri yang mementingk­an pembinaan rumah mampu milik untuk rakyat, pihaknya dapat turut sama membantu menyediaka­n rumah berkenaan.

“Dengan dasar kerajaan negeri ini, kami dapat membantu komuniti dengan membina rumah mampu milik yang selesa, tenang dengan persekitar­an semula jadi serta selamat.

“Ini pastinya satu daripada pembanguna­n bandar yang unik di sini,” katanya.

Menurutnya, projek berkenaan yang pembinaann­ya dimulakan Oktober lalu membabitka­n nilai pembanguna­n kasar (GDV) RM90 juta dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun.

“Setakat ini sudah 20 peratus unit terjual dengan harga antara RM173,000 hingga RM253,000 seunit dan kami menyasarka­n 50 peratus unit terjual hingga Disember ini,” katanya.

„ Mahkota Kampar bangun kediaman komersial berkonsepk­an bandar selamat

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia