Harian Metro

67 KFC baharu

- Nurhayati Abllah cnews@nstp.com.my

„ Sasaran QSR Brands menjelang 2021

QSR Brands (M) Holdings Bhd (QSR Brands) merancang untuk membuka sekurang-kurangnya 67 cawangan baharu bagi restoran KFC di seluruh negara sepanjang tempoh 2018 hingga 2021.

Selain itu, pengendali rangkaian restoran KFC dan Pizza Hut itu turut menyasarka­n pembukaan minimum 60 restoran Pizza Hut, selain pembukaan 50 cawangan restoran KFC pandu lalu di stesen PETRONAS seluruh negara dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Pengarah Urusannya, Datuk Seri Mohamed Azahari Mohamed Kamil berkata, pihaknya akan menerokai model perniagaan baharu dengan menjalinka­n kerjasama bersama syarikat daripada pelbagai industri sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk memperluas­kan kehadiran serta meningkatk­an kemudahan perkhidmat­an syarikat.

“Kami sedar satu-satunya cara untuk kami berkembang maju adalah dengan melangkah ke hadapan bagi meneroka pelbagai peluang serta model perniagaan baharu dengan rakan kerjasama yang mempunyai persamaan hala tuju.

“Fokus utama kami pada masa ini ialah mengenal pasti rakan usaha sama berpotensi untuk menjadikan perniagaan kami terus berkembang,” katanya pada sidang media selepas majlis menandatan­gani dua memorandum persefaham­an (MoU) antara QSR Brands dengan pemaju hartanah kumpulan syarikat Kepong Industrial Park (KIP Group), di Kuala Lumpur, semalam.

Kerjasama strategik itu bagi menawarkan kemudahan perkhidmat­an restoran KFC pandu lalu di cawangan pasar raya dan pusat beli-belah KIP Group yang dijangka mampu meningkatk­an kadar penghunian serta pulangan pendapatan pada masa hadapan.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif KIP Group, Valerie Ong.

Menerusi MoU itu juga, QSR Brands bakal menubuhkan dua cawangan restoran pandu lalu baharu di KIP Mall Desa Coalfields (dimiliki KIP Group), Sungai Buloh dan di pasar raya milik KIP Real Estate Investment Trust (KIP REIT).

Mengulas lanjut mengenai kerjasama strategik, Mohamed Azahari berkata, setakat ini pihaknya mengenal pasti tujuh kerjasama berpotensi dan empat daripadany­a sudah dimeterai.

Sementara itu, Valerie ketika mengulas mengenai perancanga­n syarikatny­a berkata, pihaknya sedang meneliti lima lagi peluang kerjasama dengan beberapa rakan berpotensi untuk terus meningkatk­an keupayaan KIP Group ke peringkat lebih tinggi. Maxis Berhad (Maxis) mengumumka­n pelanggan Hotlink berpeluang untuk menikmati lebih banyak tawaran dan diskaun menarik dengan Hotlink Rewards baru bermula 12 November ini.

Untuk mendapatka­n mata, pelanggan hanya perlu log masuk ke aplikasi Hotlink RED yang mana ia boleh digunakan untuk menebus ganjaran pada setiap hari.

Selain itu, pelanggan juga berpeluang menerima hadiah misteri setiap hari berupa penerbanga­n percuma ke destinasi tempatan atau Asia Tenggara atau mendapat lebih banyak mata ganjaran percuma untuk menebus tawaran pedagang atau pas internet.

 ??  ??
 ??  ?? MOHAMED Azahari dan Ong pada majlis menandatan­gani MoU antara QSR Brands dan KIP Group.
MOHAMED Azahari dan Ong pada majlis menandatan­gani MoU antara QSR Brands dan KIP Group.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia