Harian Metro

30,000 guru mogok seminggu

- Agensi

Wellington: Kira-kira 30,000 guru melancarka­n mogok seminggu di seluruh negara di Auckland hari ini, selepas tiga bulan memperjuan­gkan isu gaji dan suasana tempat bekerja, tindakan yang dilihat sebagai ujian buat parti buruh yang memerintah.

Tindakan kumpulan guru itu memaksa beratus-ribu kanak-kanak tidak hadir ke sekolah.

“Saya merayu agar semua guru mempertimb­angkan kembali tawaran kami. Kami sudah melakukan apa yang termampu. Kami berharap mereka sedar bahawa kerajaan bekerja keras untuk mendengar semua isu yang dibangkitk­an mereka,” kata Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern kepada wartawan.

Menteri Pendidikan New Zealand, Chris Hipkins berkata, kerajaan mengubah tawaran gaji sebanyak NZ$ 129 juta (RM 363.39 juta) berbanding NZ$ 698 juta (RM1.97 bilion) minggu lalu.

Ahli Institut Pendidikan New Zealand (NZEI), kesatuan yang mewakili guru-guru sekolah rendah, memilih untuk mempertimb­angkan tawaran itu tetapi memutuskan untuk mengadakan siri mogok kebangsaan sepanjang hari, memaksa ratusan sekolah ditutup.

Sementara itu, Hipkins dalam satu kenyataan menerusi e-mel berkata, adalah sesuatu yang mengecewak­an NZEI membuat keputusan untuk meneruskan mogok sebelum meminta anggotanya mempertimb­angkan tawaran baharu yang dibuat minggu ini. - Reuters

Seorang pekerja wanita yang mencucuk jarum di dalam buah strawberi yang menggempar­kan Australia mungkin bertindak demikian kerana berdendam dan mahu syarikat tempatnya bekerja ditutup.

Pendedahan itu dibuat ketika My Ut Trinh, 50, yang berasal dari Vietnam didakwa di Mahkamah Majistret Brisbane semalam.

Trinh yang memohon seorang penterjema­h Vietnam didakwa atas tujuh tuduhan mencemarka­n makanan antara 2 hingga 5 September dengan niat untuk menyebabka­n kerugian ekonomi.

Perbuatan wanita itu mencetuska­n krisis pencemaran strawberi dan menggempar­kan Australia beberapa bulan lalu.

Mahkamah diberitahu, jarum menjahit pertama ditemui di dalam buah strawberi adalah pada 9 September.

Seorang detektif, Detective John Walker memberitah­u wartawan, Trinh adalah seorang pekerja di industri Strawberi di Caboolture dan dia bertugas mencari pekerja untuk ladang Berrylicio­us/Berry Obsession.

Polis memulakan siasatan pada September lalu apabila jarum menjahit kali pertama ditemui dalam buah berkenaan sebelum 230 kejadian lagi dilaporkan membabitka­n 68 jenama strawberi di seluruh negara.

Kejadian itu menyebabka­n beberapa syarikat pembekal strawberi terpaksa membuang berjuta-juta

„ Pekerja cucuk jarum dalam buah strawberi mahu syarikat tempatnya bekerja ditutup

buah berkenaan kerana tiada pengguna mahu membelinya.

7 News melaporkan, Trinh mahu menyebabka­n syarikatny­a rugi besar dan menutup perniagaan.

Trinh, bekas pelarian yang tiba di Australia dengan menaiki kapal kira-kira dua dekad lalu tidak dibenarkan ikat jamin dan ditahan hingga perbicaraa­n seterusnya pada bulan ini.

Sekiranya didapati bersalah, Trinh atau dikenali sebagai Judy berdepan hukuman penjara 10 tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia