Harian Metro

Janji persembaha terbaik

- DARI MUKA 35

Dari segi keserasian, Awie dan Ella sudah saling mengerti

“Cuma, kami tak boleh rock sangat sebab kena ikut konsep yang ditetapkan. Lagipun, kena tengok juga siapa tetamu yang hadir. Kalau ada kanak-kanak, tak sesuai nak terlalu rock.

“Insya-Allah saya akan menyanyika­n lima lagu solo. Dengan Ella pula akan nyanyi lagu duet, tetapi tak pasti lagi lagu apa. Apa yang penting, kami nak fokus kepada persembaha­n supaya ia mampu menghiburk­an tetamu,” katanya.

Bagi Ella pula, keserasian yang dicipta bersama Awie dalam beberapa konsert sebelum ini memudahkan­nya menjayakan acara itu.

“Kami selalu dipertemuk­an dalam satu pentas. Jadi, tak ada masalah pun. Dari segi keserasian, kami sudah saling mengerti. Cuma, pada usia sekarang, ada beberapa perkara perlu diambil kira.

“Sudah semestinya kami ingin berikan persembaha­n terbaik. Walaupun ini hanya majlis makan malam, tetamu yang hadir adalah pembeli meja. Jadi, tak boleh nak main-main.

Tentu saja mereka harapkan sesuatu yang menghiburk­an daripada kami,” katanya.

Ella berkata, dia juga bersyukur kerana masih menjadi pilihan penganjur untuk mengadakan persembaha­n besar.

“Alhamdulil­lah, dalam pada industri muzik meraikan kehadiran penyanyi baru dan muda, nama saya dan Awie masih jadi pilihan. Bagi saya, ini kepercayaa­n yang diberikan kepada kami. Malah, mereka inginkan persembaha­n yang berkualiti.

“Sebagai penghibur, saya sentiasa cuba beri yang terbaik. Bagi saya, soal usia bukan halangan kerana apa yang penting adalah sokongan daripada tetamu dan penonton. Mereka adalah sumber kekuatan seseorang penyanyi di atas pentas,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Atlas One Events Sdn Bhd Syahrizal Ismail selaku pengendali majlis itu berkata, acara itu bertujuan mengumpul dana bagi menampung perbelanja­an kelab bola sepak Felda United.

“Pihak penganjur percaya, acara ini mampu merapatkan hubungan dua hala membabitka­n artis dan rakan penaja lain. Ia sekali gus memberi pendedahan kepada semua pihak mengenai kewujudan kelab ini.

“Saya yakin, gabungan Awie dan Ella bakal menghangat­kan lagi majlis ini. Berdasarka­n rekod mereka dalam bidang muzik, semua tetamu menantikan kemunculan mereka.

“Pemilihan dua nama hebat ini juga cukup kena dengan konsep dipilih. Bukan saja menerusi lagu disampaika­n, tenaga yang bakal diberikan pada persembaha­n nanti sudah cukup membuktika­n mereka kekal di liga tersendiri,” katanya.

Menariknya mengenai acara itu, tetamu yang hadir bakal membawa pulang dua gitar elektrik dan dua gitar akustik yang ditandatan­gani Awie dan Ella menerusi cabutan bertuah.

Tiket adalah terhad kepada 700 tetamu saja. Tiga pakej menarik disediakan membabitka­n pakej silver RM2,500, emas RM3,500 dan platinum RM5,000.Sudirman Mohd Tahir

 ??  ??
 ??  ?? ELLA dan Awie bersama penganjur serta penaja makan malam.
ELLA dan Awie bersama penganjur serta penaja makan malam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia