Harian Metro

Punca lokasi program diubah timbul tanda tanya

-

Pening-pening lalat dibuatnya teman SS apabila mendengar jawapan yang berbeza daripada dua individu yang terbabit dalam penganjura­n sebuah program hiburan barubaru ini.

Mulanya teman ini hadir ke program itu dengan perasaan amat teruja untuk menyaksika­n kelainan dan keistimewa­an yang dikatakan bakal dibawakan.

Bagaimanap­un, dia hairan kerana program yang dicanangka­n itu bukan dibuat di lokasi yang sepatutnya tapi di pentas lain yang didirikan tidak jauh dari situ.

Sudah tentulah dia pelik kerana dengan keadaan cuaca hujan sekarang, tentulah lebih baik program ini dibuat di kawasan tertutup dan bukannya di kawasan terbuka.

Teman ini agak tidak puas hati dan mulanya bertanyaka­n seorang individu terbabit untuk mengetahui situasi sebenar. Dia sendiri mengakui terkejut dan tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku.

Teman ini masih tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan dan bertanyaka­n soalan sama kepada seorang individu lain pula.

Jawapannya perubahan terpaksa dibuat pada saat akhir kerana lokasi tertutup ini kurang sesuai dengan keadaan kesihatan individu pertama tadi.

Tidak tahulah mana satu yang betul tetapi teman SS memang agak kecewa kerana impiannya untuk berhibur sambil bersantai sudah terencat dengan apa yang berlaku.

SS: Sentiasa sokong perjuangan artis otai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia