Harian Metro

Intai 10 teratas

-

Bakal bersaing dalam Sepang 1000km Endurance Race 23 November ini

serta kecenderun­gannya dalam sukan lasak.

Pernah aktif di litar gokart ketika usianya belasan tahun, wanita ini kemudian memilih untuk fokus kepada perniagaan milik keluarga sebelum mengambil keputusan berkahwin dan memiliki anak.

“Saya adalah peminat Formula Satu (F1) dan tidak pernah jemu ‘mengejar’ pemandu terbaik sepanjang zaman, Michael Schumacher di litar antarabang­sa. Mengetahui minat yang ada dalam diri, sahabat yang kini menjadi pemandu kedua perlumbaan, mempelawa saya untuk belajar selok-belok aksi di litar.

“Memang teruja. Tapi bayangkan, selepas hampir 20 tahun tidak memandu kereta manual, saya terpaksa belajar semula dalam tempoh tiga hari sebelum beraksi buat julung kali di Caterham Motorsport Championsh­ip di Litar Antarabang­sa Sepang pada 2016.

“Tamat perlumbaan hari pertama di tempat keempat dan keesokanny­a berada di tempat keenam. Pencapaian tak disangka ini membakar semangat saya untuk terus beraksi di litar dan menyertai kejuaraan seterusnya termasuk MCS dan Malaysian Speed Festival (MSF).

“Apa yang membuatkan saya semakin teruja apabila berpeluang berdiri di atas podium F1 ketika MCS F1 Support Race tahun lalu. Saya percaya, kejayaan seumpama ini mampu diraih mana-mana wanita asalkan mereka nekad, bersedia dari sudut fizikal dan mental serta kental bersaing dalam kalangan pelumba lelaki,” katanya.

CHAI PAO WEEI

Meminjam semangat ibunya yang tidak pernah gentar melawan kanser tahap empat selama hampir tujuh tahun, wanita ini terus mara menggengga­m impian untuk bergelar pelumba wanita terbaik di litar.

Biarpun ada nada sebak mengiringi tatkala wanita ini bercerita mengenai mendiang ibunya yang meninggal dunia tahun lalu, namun Pao Weei tetap cuba melempar senyum. Katanya, derita ibu melawan kanser banyak membuatkan dia berfikir mengenai hala tuju hidup sendiri.

“Saya lihat ibu, kemudian saya tanya pada diri.

Apa sebenarnya impian dan cita-cita yang mahu digapai sebelum sakit dan pergi meninggalk­an dunia. Kalau boleh, saya tidak mahu ada penyesalan di kemudian hari.

“Kali pertama saya suarakan keinginan untuk berlumba, ibu memang melarang keras. Saya cuba jelaskan padanya dan pernah membawa ibu Litar Johor di Pasir Gudang. Di sana barulah ibu melihat sendiri saya beraksi.

“Tanpa diduga, ketika kami dalam perjalanan pulang ke rumah, ibu akhirnya memberi restu untuk saya terus menjadi pelumba. Malah sehingga kini, keluarga termasuk adik beradik akan turun ke litar memberi sokongan setiap kali ada perlumbaan,” katanya yang pernah membolot tempat pertama dan ketiga dalam MSF.

23 MOTORS

Melihat kepada potensi yang ada dalam diri masing-masing, tiga wanita ini percaya pasukan yang mendapat tajaan Excel Group ini mampu memberi saingan kepada pelumba lain sehingga ke garisan penamat.

Kata Husna, sebagai pasukan wanita, dia sedia maklum dengan tekanan yang bakal dihadapi sekiranya berjaya mara sebagai 10 pasukan teratas dalam perlumbaan sembilan jam tanpa henti itu nanti.

“Bagaimanap­un, pasukan 23 Motors ini adalah kerjasama yang pertama. Kami akan memulakan latihan minggu depan dan pastinya tidak sabar untuk cuba melakukan yang terbaik.

“Sasaran kami adalah untuk berada di posisi yang membanggak­an. Saya percaya, setiap daripada kami mempunyai kekuatan dan kelebihan masing-masing,” katanya.

 ??  ?? HUSNA menjulang piala kejuaraan di MCS.
HUSNA menjulang piala kejuaraan di MCS.
 ??  ?? SHASHA
SHASHA
 ??  ?? PAO Weei sebelum memulakan perlumbaan.
PAO Weei sebelum memulakan perlumbaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia