Harian Metro

Rujuk pakar pediatrik

- DARI MUKA 49

Menurut Pakar Perunding Pediatrik dan Endokrinol­ogi Pediatrik, Ketua Jabatan Pediatrik, Fakulti Perubatan, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Prof Madya Dr Muhammad Yazid Jalaludin, sebenarnya setiap kanak-kanak mempunyai tempoh tumbesaran masing-masing.

Namun kebiasaann­ya ibu bapa beranggapa­n kanakkanak tidak mencapai ketinggian normal disebabkan penyakit tertentu.

“Sebenarnya tumbesaran kanak-kanak menjadi penanda aras dari segi kesihatan dan kesejahter­aan. Oleh itu, selepas dilahirkan ibu bapa perlu mengukur dan merekodkan dengan tepat perkembang­an ketinggian anak dalam laporan tumbesaran yang biasanya disediakan setiap kali membawa anak ke klinik pada setiap bulan,” katanya.

Bercakap ketika majlis pelancaran Kempen Kesedaran Bukan Sekadar Ketinggian - Tapi Juga Kesihatan anjuran Novo Nordisk Pharma (M) Sdn Bhd barubaru ini, Dr Muhammad menjelaska­n, terdapat pelbagai faktor penyebab kanak-kanak tidak tinggi. Antaranya genetik, penyakit, ubat-ubatan, pemakanan, hormon dan persekitar­an psikososia­l.

“Tumbesaran perlahan pada kanak-kanak biasanya jelas kelihatan di antara usia dua hingga lima tahun. Oleh itu, jika selepas mencapai lima tahun, ketinggian kanak-kanak kurang daripada lima sentimeter (sm) setahun atau kadar tumbesaran menurun dua peratus atau lebih dalam carta tumbesaran, ibu bapa perlu mendapatka­n rawatan bagi mengatasi masalah ini,” katanya.

Pada masa sama, dapat– kan pandangan daripada pakar pediatrik supaya mereka dapat mengesan masalah serta memeriksa latar belakang pesakit agar faktor lain boleh diketepika­n.

Jika kanak-kanak di– syaki menghadapi masalah hormon, anak itu perlu dirujuk kepada pakar endokrinol­ogi pediatrik. Ujian darah bagi menentukan garis dasar dan ujian rangsangan boleh dilakukan untuk menilai jika tumbesaran ini disebabkan gangguan hormon tumbesaran (GHD).

“Hormon pertumbuha­n ialah sejenis protein yang dihasilkan oleh kelenjar pituitari iaitu kelenjar kecil yang terletak di bawah otak di tengah kepala di belakang hidung. Ia merangsang tumbesaran ketinggian kanakkanak dan remaja serta membantu penjagaan otot dan jisim tulang, penurunan tisu lemak, di samping mempengaru­hi tahap lipid darah seperti kolesterol dan trigliseri­da,” jelasnya

Selain masalah GHD, antara gangguan lain yang boleh menyebabka­n kanak-kanak tidak cukup tinggi ialah sindrom Turner atau satu keadaan apabila kehadiran kromosom yang mempengaru­hi perkembang­an ketinggian wanita, bayi kecil dalam kandungan dan tidak mengikut usia kehamilan sebenar.

Jelas Dr Muhamad lagi, sikap tunggu dan lihat sehingga anak mencecah awal remaja hanya mengehadka­n jangka masa yang ada untuk menangani masalah tumbesaran memandangk­an tulang mereka akan mula menutup (gabungan epifisis) selepas memasuki akil baligh iaitu sembilan hingga 15 tahun bagi perempuan manakala sekitar 13 hingga 15 tahun bagi lelaki.

Oleh itu, menjadi tanggungja­wab ibu bapa merujuk kepada pakar pediatrik secepat mungkin. Diagnosis dan rawatan awal, kekurangan hormon tumbesaran boleh dirawat untuk menambah baik kesihatan dan membantu kanak-kanak mencapai ketinggian dewasa yang normal.

Jika tidak, anak pendek ini terpaksa berhadapan pelbagai tekanan daripada segi sosial dan psikologi.

Ini diakui Pakar Psikologi Klinikal, Ketua Jabatan PsiYazid kiatri, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Firdaus Mukhtar, yang menegaskan penjaga dan pendidik perlu memberi perhatian khusus kepada kesejahter­aan psikologi, emosi dan fizikal kanak-kanak rendah.

Ia adalah penting bagi memastikan kanak-kanak ini mendapat persekitar­an positif sama ada di sekolah atau di rumah.

“Selain masalah kesihatan, kanak-kanak yang bertubuh kecil ini juga mungkin mengalami kualiti hidup lebih rendah berbanding rakan sebaya. Mereka boleh menjadi mangsa ejekan dan buli di sekolah dan digelar dengan pelbagai gelaran tidak manis seperti pendek, ketot atau terencat.

“Ini menyebabka­n anak anda kurang keyakinan diri dan malu berhadapan orang ramai. Dalam hal ini, ibu bapa mestilah proaktif dalam memantau pertumbuha­n anak. Jika perlu, dapatkan rawatan pada tahap paling awal. Berikan layanan terbaik kepada anak pada tahap permulaan untuk merealisas­ikan potensi diri mereka,” katanya.

ANTARA PERUBAHAN YANG BOLEH DIPERHATIK­AN ADALAH:

1. Tiada tumbesaran atau tumbesaran lebih perlahan daripada yang sepatutnya (kurang daripada lima sentimeter setahun atau kadar tumbesaran menurun sebanyak dua atau lebih peratus dalam buku laporan klinik)

2. Hilang selera makan

3. Lambat akil baligh (tiada perkembang­an payudara pada usia 13 tahun atau tiada tompokan darah haid pada usia 15 tahun perempuan atau tiada pembesaran testis pada usia 14 tahun untuk lelaki). Siti Zarinah Sahib

Tumbesaran kanak-kanak penanda aras kesihatan dan kesejahter­aan

 ??  ?? DARI kiri, Dr Muhammad, Jeyamany Palanivel, Dr Hon Mun Cheng dan Dr Firdaus ketika sesi perbincang­an dalam majlis pelancaran Kempen Kesedaran Bukan Sekadar Ketinggian - Tapi Juga Kesihatan.
DARI kiri, Dr Muhammad, Jeyamany Palanivel, Dr Hon Mun Cheng dan Dr Firdaus ketika sesi perbincang­an dalam majlis pelancaran Kempen Kesedaran Bukan Sekadar Ketinggian - Tapi Juga Kesihatan.
 ??  ?? DR FIRDAUS
DR FIRDAUS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia