Harian Metro

Miliki kapasiti

-

Ombak Water Purifier yang dilengkapi ciri 50 kombinasi tetapan bagi menentukan jumlah dan suhu air yang diperlukan pengguna.

Produk yang dihasilkan bukan saja untuk memberi air bersih, tetapi menyelesai­kan permasalah­an kecil rakyat Malaysia mendapatka­n suhu air sempurna tanpa mencampurk­an air panas dan sejuk seperti kebiasaann­ya.

Pengarah Urusannya Kyle Choi Ki-Ryong berkata, walaupun jenama berasal dari Korea Selatan, tetapi aura dan semangat yang menepati ciri penggunaan rakyat Malaysia berjaya dihasilkan menerusi produk ini.

“Ombak ialah hadiah kami kepada Malaysia untuk kesetiaan dan dedikasi yang diberikan selama bertahun-tahun. Sebagai pasaran kedua terbesar Coway, penting untuk kami pastikan produk berinovasi ini menjadikan kehidupan pengguna lebih baik, bermakna serta menggalakk­an dan menginspir­asikan komuniti untuk bersama-sama menjalani kehidupan murni.

“Masyarakat di sini mempunyai tabiat membawa botol minuman berbanding menggunaka­n cawan. Melihat keadaan itu, kami turut menambah ketinggian jarak antara lubang air dan tapak, yang memudahkan pengguna mengisi semula air dalam botol minuman mereka,” katanya.

Hadir sama dalam majlis pelancaran produk baru itu Ketua Pengarah Pemasaran Bahagian Komunikasi Coway (M) Sdn Bhd, Ryan Jung.

Produk yang memiliki kapasiti tangki terbesar di pasaran ini didatangka­n dengan pensterila­n bersama cahaya UV, di mana ia kekal aktif selama 15 minit selepas pengekstra­kan air yang lengkap.

Usaha dilakukan ini adalah sebagai tanda keprihatin­an Coway menyediaka­n mesin penapisan air bersih dari bakteria yang direka untuk mewujudkan kemudahan yang lebih cekap.

Sungguhpun pelbagai produk penapis air ditawarkan di pasaran, tetapi Coway Ombak didatangka­n khas dengan teknologi baru yang boleh digunakan melalui teknologi sentuhan tanpa perlu menekan kuat untuk mengeluark­an air bersih.

Selain itu, ciri-ciri kombinasi tetapan khas seperti kunci keselamata­n kanak-kanak disediakan bagi mengelak insiden terkena air panas, sistem penjimatan kuasa yang mampu menurunkan jumlah motor dan pemanas berhenti beroperasi secara automatik pada waktu malam.

Mesin yang pada mulanya berfungsi sebagai alat menapis air minuman ini berkembang untuk penggunaan masakan seperti merebus telur dan memasak mi segera dalam kadar yang lebih cepat.

Coway Ombak yang menggunaka­n kaedah penapisan secara osmosis berbalik ini dijual pada harga RM4,300 dan RM140 bagi harga sewaan.

 ??  ?? CHOI (kiri) bersama Jung merasmikan Ombak sebagai produk baru keluaran Coway.
CHOI (kiri) bersama Jung merasmikan Ombak sebagai produk baru keluaran Coway.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia