Harian Metro

Produk penjagaan bayi bebas bahan kimia

-

Memilih produk penjagaan bayi yang tepat bukan saja penting tetapi harus diberi keutamaan dengan menilainya dari sudut kesihatan. Tambahan ada produk penjagaan bayi di pasaran yang dikesan mengandung­i bahan kimia berbahaya, sekali gus mengundang risiko buat si manja.

Milkup Sdn Bhd barubaru ini memperkena­lkan rangkaian produk penjagaan bayi Boomibaby. Sesuai digunakan untuk semua jenis kulit sama ada normal, kering, sensitif mahupun bayi yang mempunyai masalah ekzema.

Ini kerana, semua produk dihasilkan bebas paraben, silikon, SLS (sodium lauryl sulfate) dan minyak mineral yang boleh memberi kesan jangka panjang kepada kesihatan kulit bayi.

Menurut pengasas bersama jenama ini, Nurasykin Ali Hassan, antara produk bayi yang dikeluarka­n adalah semburan perapi rambut, minyak terapi, sabun dan syampu dan semburan pelega untuk selsema.

“Untuk perapi rambut, hanya semburkan pada kulit kepala bayi dan diurut lembut. Ia membantu merangsang pertumbuha­n rambut dengan lebih cepat, panjang dan tebal.

“Kita gabungkan beberapa jenis bahan antaranya daun zaitun, ekstrak daun lidah buaya, tauge dan minyak kelapa dara. Ia bukan saja menyuburka­n rambut, malah kandungan asid lemaknya menyihatka­n kulit kepala. Lebih menarik, semburan ini juga boleh membantu mengatasi masalah kegatalan kulit kepala dan membuatkan rambut lebih lembut dan bersinar,” katanya.

Selain perapi rambut, Nurasykin berkata, jenama itu turut menjadi pilihan ramai ibu yang mahukan minyak terapi bayi. Ia mengandung­i minyak kastor, daun zaitun, jintan hitam, kayu putih, limau purut, minyak lemon, minyak pati oren manis dan daun bidara.

“Kombinasi bahan ini membantu melegakan masalah batuk, selsema dan demam yang selalu dialami bayi. Ia juga boleh meredakan kembung perut dan menenangka­n bayi.

“Pengguna tidak perlu risau kerana bahan yang digunakan adalah semula jadi dan bebas kimia berbahaya. Produk ini juga mendapat kelulusan daripada Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) dan ada sijil perakuan halal,” katanya.

 ??  ?? ANTARA produk penjagaan bayi yang
ditawarkan untuk memenuhi keperluan
si manja.
ANTARA produk penjagaan bayi yang ditawarkan untuk memenuhi keperluan si manja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia