Harian Metro

Barca dimalukan

- Reuters

„ Kelemahan benteng punca kekalahan di laman sendiri

Pertahanan Barcelona, Gerard Pique mengakui kelemahan bahagian pertahanan mengakibat­kan pendahulu La Liga itu dikejutkan 3-4 oleh Real Betis, awal pagi, semalam.

Lebih mengecewak­an, ia adalah kali pertama dalam tempoh lebih 15 tahun, Barca melepaskan empat gol di laman keramat mereka, Nou Camp.

Pemain antarabang­sa Sepanyol itu menggesa semua pemain pertahanan supaya meningkatk­an prestasi, namun menegaskan penyokong mereka tidak perlu bim- bang dengan situasi yang melanda.

Barca ketinggala­n 0-2 pada separuh masa pertama dan dua jaringan Lionel Messi yang kembali daripada kecederaan tidak mencukupi manakala Arturo Vidal turut meledak jaringan untuk kelab Catalan itu.

Betis muncul pasukan pertama menewaskan Barca di Nou Camp sejak Alaves melakukann­ya pada September 2016.

“Kami sedar mempunyai masalah apabila melepaskan banyak gol, sudah lama tidak bolos dengan jumlah jaringan besar seperti itu,” katanya.

“Kita tidak akan menjadi pasukan paling kurang dibolosi dengan falsafah menyerang yang diamalkan, namun kami sedar perlu membaikiny­a.”

Walaupun tewas, Barca masih mendahului liga dan satu mata mengatasi Atletico Madrid, Alaves dan Sevilla. Barca melepaskan 18 gol dalam 12 perlawanan liga, lebih banyak berbanding 13 pasukan lain di La Liga.

“Ia bukan masalah individu, ia masalah pasukan. Kami perlu fokus dan berusaha bersama,” kata Pique.

“Ia perkara asas yang kami sedar dan sudah berbincang mengenainy­a. Kami berdepan dengan pasukan yang sangat agresif menyerang kali ini dan kami perlu mengambil risiko.”

Barca sudah melepaskan mata dalam lima daripada 12 perlawanan musim ini, empat kali menentang pasukan bawahan liga, namun Pique menegaskan penyokong tidak perlu bimbang dengan persembaha­n pasukan.

“Benar kami sukar untuk menewaskan pasukan lebih kerdil, namun saya fikir ia sesuatu yang kadang-kala berlaku dan tidak terjadi sepanjang musim,” tambahnya.

“Penyokong kami boleh bertenang, kami di kedudukan teratas liga. Tahap pasukan pencabar sudah meningkat musim ini. Anda tidak lagi boleh menang liga dengan meraih 100 mata.

“Pasukan lawan mempunyai peruntukan yang lebih besar, pemain lebih baik dan kompetitif dan ia lebih bagus untuk penonton.”

 ??  ?? REAKSI Pique dan Arturo Vidal selepas gagal mencipta jaringan.
REAKSI Pique dan Arturo Vidal selepas gagal mencipta jaringan.
 ??  ?? LUIS Suarez cuba melepasi pemain Real Betis.
LUIS Suarez cuba melepasi pemain Real Betis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia