Harian Metro

KEKAL DOMINASI TAKHTA

- Reuters

Manchester

Pendahulu Liga Perdana, Manchester City melakar kemenangan bergaya mengatasi Manchester United 3-1, awal pagi semalam, sekali gus membolehka­n skuad kendalian Pep Guardiola yang masih belum tewas berada di kedudukan teratas dengan kelebihan dua mata berbanding Liverpool.

Tiada lagi keraguan pasukan terbaik di Manchester dengan City sekali lagi berusaha membuktika­n dominasi di Liga Perdana walaupun saingan masih panjang.

Pemain gantian, Ilkay Gundogan meledak jaringan ketiga pasukan pada minit ke-86 untuk melengkapk­an 44 kali hantaran pemain City bagi memastikan kemenangan mutlak dicapai.

Namun dari aspek kualiti bola sepak, hantaran, pergerakan, susunan dan kemahiran individu, City berada di tahap tersendiri berbanding anak buah Jose Mourinho dengan United berada pada kedudukan kelapan kini ketinggala­n 12 mata di belakang City.

David Silva membuka jaringan untuk City menerusi jaringan minit ke-12 selepas hantaran Raheem Sterling dari sebelah kiri dan sepanjang babak pertama, City selesa mendominas­i.

Tiga minit selepas perlawanan bersambung, City menggandak­an jaringan menerusi Sergio Aguero yang bijak bertukar hantaran dengan Riyad Mahrez walaupun mempunyai ruang yang sempit untuk mengatasi David de Gea.

Mourinho yang turun tanpa pemain tengah Perancis Paul Pogba kerana kecederaan, menurunkan Romelu Lukaku menggantik­an Jesse Lingard pada minit ke-57 dan dengan pantas penyerang Belgium itu membantu pasukan kembali bangkit.

Lukaku dijatuhkan dalam kotak penalti oleh penjaga gol City, Ederson dan penyerang Perancis, Anthony Martial dengan penuh keyakinan menyempurn­akan penalti.

Guardiola tidak mahu terbawa-bawa dengan jurang tipis skuadnya ke atas Liverpool. “Ia hanya dua mata, empat mata dari Chelsea, tiada sebarang makna namun ia bagus terutamany­a apabila melihat dari mana kami bermula.

“Apabila anda meraih kemenangan 100 peratus (musim lalu), orang bertanya... adakah anda mampu mengekalka­n tahap itu? Semua perlu berada pada tahap tertentu jika mahu mengekalka­nnya,” katanya.

City meletakkan harapan meraih kejuaraan di pentas domestik dan Eropah namun fokus Mourinho tidak terlalu tinggi selain mahu layak ke Liga Juara-Juara.

“Kami tidak berada dalam kelompok empat terbaik, bagaimana kami mahu berbicara tentang kejuaraan? Kami perlu merapatkan jurang terlebih dulu untuk menjadi empat pasukan terbaik,” katanya.

“Terdapat jurang 12 mata. Pasukan kami meningkat termasuk ketika bertahan walaupun melepaskan tiga gol, ia persembaha­n yang positif. Ia adalah kesilapan individu.”

„ Citizens tiada masalah benam United di Etihad

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia