Harian Metro

Adam setuju bedah lutut, bahu

- Sukhairi Thani sukhairi@nstp.com.my

Lumpur: Selepas mendengar pandangan pakar Pusat Perubatan Sukan Kuala Lumpur (KLSMC), Adam Norrodin mengambil keputusan untuk menjalani pembedahan lutut terlebih dulu sebelum satu lagi pembedahan di bahunya.

Minggu lalu, pelumba PETRONAS Sprinta Racing itu dilaporkan akan menjalani pembedahan di bahagian bahu dan dalam tempoh enam minggu kemudian, dia akan mengharung­i proses pembedahan kedua di lutut.

Namun, selepas pelumba Moto3 negara itu didapati kurang sihat kerana demam, pihak pakar menyaranka­n supaya Adam melakukan pembedahan lutut terlebih dulu, hari ini.

Adam kini berada di wad bersama pelumba muda, Danial Syahmi Ahmad Shahril yang turut menjalani pembedahan di bahagian kaki kanan selepas mengalami insiden ngeri ketika beraksi dalam perlumbaan sokongan Grand Prix (GP) Malaysia, Asia Talent Cup, baru-baru ini.

Selepas perlumbaan Grand Prix (GP) Malaysia, Adam didapati beraksi dalam keadaan sakit di bahagian bahunya

(gambar)

yang patah selain ligamen lututnya koyak.

Bagaimanap­un, Adam yang berdepan cabaran penuh liku di Litar Antarabang­sa Sepang (SIC) kerana harus memulakan perlumbaan dari laluan pit susulan dikenakan penalti, tetap mempamerka­n tunggangan memberangs­angkan.

Pada hari perlumbaan, Adam pada suatu ketika pernah berada dalam kelompok 10 terbaik sebelum terjatuh di baki dua pusingan terakhir.

Pelumba yang bakal menyertai Kejuaraan Moto2 Eropah musim depan itu bagaimanap­un bangkit menamatkan saingan di tangga ke-23 dan tidak akan menyertai saingan akhir musim Moto3 Kejuaraan Dunia 2018 di GP Valencia, hujung minggu ini.

 ??  ?? ADAM akur nasihat pakar perubatan.
ADAM akur nasihat pakar perubatan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia