Harian Metro

Oltmans umum senarai 18 pemain

-

Kuala Lumpur: Dengan sasaran layak ke peringkat kalah mati, jurulatih skuad hoki Malaysia, Roelant Oltmans menamakan 18 pemain terakhir yang akan beraksi di Piala Dunia yang dijadualka­n berlangsun­g di Bhubaneswa­r, India hujung bulan ini.

Malaysia berada dalam Kumpulan D bersama-sama Belanda, Jerman dan Pakistan - semuanya bekas juara dunia.

Kejohanan yang bermula pada 28 November itu menyaksika­n Malaysia membuka tirai saingan dengan menentang Belanda pada 1 Disember.

“Kami berada dalam kumpulan sukar bersama-sama tiga juara dunia. Justeru, kami akan mengambil pendekatan satu demi satu perlawanan sebelum memikirkan soal suku akhir.

“Kami mahu menamatkan saingan di kedudukan tiga teratas di peringkat kumpulan dan jika kami berjaya, kami mungkin bertemu India atau Belgium sebelum ke suku akhir.

“Di peringkat kalah mati, apa saja boleh berlaku,” kata Oltmans yang baharu dilantik Persekutua­n Hoki Malaysia (MHC).

Laluan dilihat agak mudah buat Malaysia dengan syarat perlu mengalahka­n Pakistan untuk berada di tangga ketiga kumpulan dan bakal bertemu pasukan kedua Kumpulan C.

Pasukan yang menamatkan saingan selaku juara kumpulan akan layak secara automatik ke suku akhir.

Semalam, Oltmans membuat dua pertukaran berbanding pasukan yang bermain di Sukan Asia dengan Norsyafiq Sumantri serta Ramadan Rosli menggantik­an Amirul Aideed serta Shahril Saabah.

Skuad Malaysia: S Kumar, Hairi Rahman, Shukri Mutalib, Razie Rahim, Syed Syafiq Cholan, Faiz Helmi, Azri Hassan, Nabil Fiqri, Marhan Jalil, Fitri Saari

Meor Azuan, Joel Samuel van Huizen, Tengku Ahmad Tajuddin, Firhan Ashaari, Faizal

(gambar),

Saari, Nik Aiman Rozemi, Norsyafiq Sumantri dan Ramadan Rosli.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia