Harian Metro

Misi Olimpik 2020

- Helmi Talkah helmi.talkah@nstp.com.my

„ Chong Wei hadapi cabaran tingkat kecergasan

Hasrat Datuk Chong Wei untuk terus beraksi sehingga Olimpik Tokyo 2020 boleh dianggap sebagai ‘peperangan’ yang dicetuskan dirinya sendiri.

Jurulatih perseorang­an lelaki negara, Hendrawan diberi kepercayaa­n untuk kekal membimbing Chong Wei mengakui ia akan menjadi perjuangan cukup mencabar buat bekas pemain nombor satu dunia itu.

Malah, jurulatih dari Indonesia itu turut mengakui berdepan cabaran yang sama.

Bukan soal ranking atau kemahiran yang dibimbangk­an, namun lebih kepada bagaimana cara bagi mengembali­kan

Chong

Wei berada

Lee

(gambar)

pada tahap terbaiknya terutama dari aspek fizikal dan kecergasan.

Hendrawan berkata, apa yang berlaku sekarang cukup berbeza jika dibandingk­an dengan situasi dialami Chong Wei sebaik dia bebas daripada penggantun­gan selama lapan bulan kerana kesalahan doping pada 2015.

“Bagi saya perjuangan sekarang akan menjadi lebih sukar buat Chong Wei dan saya sendiri. Yang paling ketara adalah usia Chong Wei yang semakin meningkat.

“Saya tidak bimbang mengenai kemahiran atau teknik kerana Chong Wei pemain utama dunia dan berpengala­man. Perkara itu tidak akan hilang sampai bila-bila.

“Apa yang paling sukar adalah bagaimana mahu mengembali­kan Chong Wei pada tahap prestasi terbaiknya. Mahu atau tidak, Chong Wei perlu melalui permulaan yang sukar sebaik kembali ke gelanggang nanti.

“Saya akan bincang dengan Datuk Misbun Sidek (ketua jurulatih perseorang­an lelaki) mengenai program latihannya. Usianya semakin meningkat tapi dalam masa sama dia tetap perlu beraksi dalam kejohanan bagi mengutip mata untuk layak ke Olimpik,” kata Hendrawan.

Chong Wei ketika sidang media khasnya minggu lalu menyuaraka­n hasrat untuk kekal beraksi sehingga Tokyo 2020 dan mengesahka­n dia sudah bebas daripada kanser hidung yang dihidapiny­a.

Namun, dia masih perlu menjalani pemeriksaa­n susulan, tiga bulan sekali di Taiwan.

Pemenang pingat perak Olimpik tiga kali itu kini masih dalam proses pemulihan dan hanya menunggu lampu hijau daripada doktornya untuk kembali ke gelanggang dengan dia menjangkak­an Seluruh England 2019 pada Mac depan bakal menjadi kejohanan pertamanya.

“Saya tidak fikir lagi bila dia akan kembali ke gelanggang. Biarlah dia berehat dan melalui proses pemulihan sepenuhnya.

“Apabila dia sudah kembali ke gelanggang nanti, kami akan bincang mengenai program latihan untuknya. Berdasarka­n apa yang disuarakan­nya ketika sidang media tempoh hari, saya lihat semangatny­a masih membara dan itu sesuatu yang positif,” kata Hendrawan yang membantu Chong Wei memenangi perak Olimpik Rio de Janeiro 2016.

Chong Wei juga menang perak pada Olimpik Beijing 2008 dan London 2012.

 ??  ??
 ??  ?? HENDRAWAN terus bimbing Chong Wei.
HENDRAWAN terus bimbing Chong Wei.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia