Harian Metro

Mozai FT raih RM100,000

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@nstp.com.my

Shah Alam: Mozai FT mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya muncul juara Kejohanan Raja Futsal Malaysia 2018 selepas menumpaska­n TJJ FC 3-1, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai paling besar dalam sejarah penganjura­n sukan berkenaan, RM100,000.

Aksi Grand Final itu berlangsun­g di Kompleks Sukan Negara Panasonic selepas tamat pusingan peringkat negeri membabitka­n 860 pasukan sejak tiga bulan lalu.

Pemburuan gelaran juara sulung itu berpihak kepada Mozai FT apabila hatrik yang dilakukan Helmi Mahyuddin Iskandar membolehka­n pasukan dari Pahang itu menjulang trofi kejohanan anjuran Digi Telecommun­ications Sdn Bhd (Digi).

“Memang kami tidak jangka muncul juara. Pagi tadi selepas tiba di sini kami lihat pelbagai nama besar dalam arena futsal di Lembah Klang turut beraksi di pusingan Grand Final. Bagaimanap­un, disebabkan kerja sepasukan akhirnya kami berjaya muncul juara,” kata Helmi, 30, yang turut meraih anugerah pemain terbaik final.

“Pasukan lawan dibarisi pemain muda, mereka masih bertenaga namun kami menggunaka­n pengalaman untuk menandingi mereka.”

Mozai FT turut merangkul anugerah penjaga gol terbaik final menerusi Khaizal Asyraf Suhaimi.

Selaku naib juara, TJJ FC membawa pulang wang tunai RM20,000, manakala Bertam Ulu dan Jerro Tornado berkongsi tempat ketiga untuk membolehka­n mereka meraih RM2,500 setiap pasukan.

Hadiah kepada pemenang disampaika­n Ketua Pegawai Pemasaran Digi Telecommun­ications Sdn Bhd, Loh Keh Jiat bersama rakan penaja lain antaranya VIVO, Great Eastern Life, PUMA serta ERA.

 ??  ?? KEH Jiat (tengah) menyampaik­an hadiah serta piala kepada pasukan Mozai FT.
KEH Jiat (tengah) menyampaik­an hadiah serta piala kepada pasukan Mozai FT.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia