Harian Metro

Faizal mahu jumpa PAFA bincang pemberian insentif

- Shamsul Kamal Amarudin shaka@nstp.com.my

Ipoh: Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu

mahu mengadakan pertemuan dengan pengurusan Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) secepat mungkin bagi membincang­kan pemberian insentif kerajaan negeri yang diumumkan kelmarin.

“Saya akan jumpa pengurusan PAFA, kami mahu segera berikan insentif itu. Kita kerajaan berteraska­n al-Quran, bila sudah berjanji, kena beri cepat,” katanya.

Beliau bercakap pada sidang media selepas menghadiri program Bicara Legasi #Saving Legacy Peringkat Negeri Perak di kediaman lama Menteri Besar Perak semalam.

Kelmarin, kerajaan negeri mengumumka­n insentif RM10,000 dan satu lot tapak rumah kepada setiap pemain dan pegawai pasukan bola sepak Perak susulan kejayaan menjuarai Piala Malaysia, baru-baru ini.

Ahmad Faizal dilaporkan berkata, insentif itu adalah inisiatif kerajaan negeri bagi menghargai kesemua pemain dan pegawai pasukan bola sepak itu yang berjaya membawa pulang Piala Malaysia selepas 18 tahun.

Beliau dipetik sebagai berkata, insentif itu tidak termasuk diberikan PAFA dan hadiah wang kemenangan yang diberikan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Pengumuman itu dibuat Ahmad Faizal selepas Majlis Meraikan Piala Malaysia dan Piala Razak di Dataran Pavilion di Kuala Kangsar.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim turut berkenaan meraikanny­a bersama pemain serta pegawai pasukan bola sepak dan hoki Perak.

(gambar)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia