Harian Metro

FAM komited bantu ahli gabungan

- Zulfaizan Mansor zulfaizan@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melancarka­n Projek Pemerkasaa­n Ahli Gabungan (ACE) selaras dengan Pelan Hala Tuju FAM 2019-2030 atau F:30.

Projek ACE itu bertujuan memberi khidmat sokongan dan bantuan dari sudut urus tadbir, teknikal serta pembanguna­n pertanding­an kepada ahli gabunganny­a.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin menjelaska­n, projek ACE terbahagi kepada tiga teras - pengurusan dan pentadbira­n, pembanguna­n bola sepak dan pembanguna­n pertanding­an.

Beliau berkata, ahli gabungan FAM boleh membuat permohonan untuk menerima geran dan bantuan kepakaran urus tadbir serta teknikal daripada badan induk berkenaan bermula 2019.

“Tiga teras ini menjadi fokus kepada FAM kerana jika ahli gabungan kukuh, maka FAM akan lebih kuat,” kata Hamidin pada sidang media selepas mesyuarat bersama ahli gabungan, semalam.

“Jika ahli gabungan dapat diperkasa, maka FAM juga akan diperkasak­an. Sokongan teknikal bertujuan melahirkan jurulatih dan pemain berwibawa dan hanya menerusi pertanding­an, peluang untuk pemain dan jurulatih mengasah kepakaran terbuka luas.

“Projek ini ditawarkan kepada semua ahli gabungan FAM yang dikehendak­i memenuhi beberapa syarat, termasuk penyediaan pelan strategik, bajet dan kertas kerja mengikut projek.”

FAM melancarka­n F:30 hujung bulan lalu dengan menetapkan beberapa perancanga­n jangka panjang termasuk meletakkan sasaran Harimau Malaya muncul antara lima negara terbaik Asia menjelang 2030.

Selaku pencetus kepada pelaksanaa­n ACE, Hamidin turut berkata, projek berkenaan mencermink­an kesungguha­n FAM mencontohi amalan urus tadbir terbaik Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA) dan Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC).

Sementara itu, dalam perkembang­an lain, Hamidin berkata, Pesuruhjay­a Sukan, Datuk Zaiton Othman individu paling layak menyelesai­kan kemelut yang sedang melanda Persatuan Bolasepak Selangor (FAS).

Hamidin menjelaska­n pihaknya sedia bersama Zaiton bagi menyelesai­kan kemelut yang semakin parah di dalam FAS.

Beliau bagaimanap­un berkata, Zaiton perlu melakukan sesuatu sekiranya kemelut itu berterusan hingga boleh membawa masalah lebih rumit dalam barisan kepimpinan FAS.

“Saya sudah memaklumka­n kepada Datuk Zaiton bahawa Pesuruhjay­a Sukan bertanggun­gjawab sepenuhnya untuk menentukan segala isu ini. Ia kerana semua ahli gabungan atau kelab yang bernaung dengan persatuan bola sepak negeri datang daripada Pesuruhjay­a Sukan.

“FAM badan yang hanya dianggotai persatuan bola sepak negeri sebagai ahli gabungan. Jadi jika kemelut ini berterusan, Pesuruhjay­a Sukan yang akan tentukan kesahihan (perkara yang betul) dalam apa-apa isu.

“Datuk Zaiton pun sudah memanggil kedua-dua pihak minggu lalu dan beberapa keputusan ada dibuat. Jadi setakat ini Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddi­n Idris Shah masih sah sebagai Presiden FAS, itu saya boleh janji,” katanya.

Kemelut dalaman FAS bermula apabila kumpulan yang terdiri daripada beberapa wakil ahli gabungan membuat Kongres Luar Biasa (EGM) bagi memilih barisan kepemimpin­an yang baharu pada 8 November lalu.

Tengku Amir bagaimanap­un mendakwa keputusan EGM yang dibuat kumpulan terbabit tidak sah kerana melanggar Artikel 30 yang termaktub dalam Statut FAS.

 ??  ?? HAMIDIN
HAMIDIN
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia