Harian Metro

Amukan Mat Yo

- Aziman Rosdi aziman@nstp.com.my

„ Penyerang sensasi negara ledak dua gol benam Laos

Penyerang berpengala­man, Norshahrul Idlan Talaha sekali lagi menjadi penyelamat apabila menjaringk­an dua gol untuk Malaysia bangkit mengatasi Laos 3-1 dalam aksi kedua Kumpulan A Piala AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Ia jaringan ketiga Norshahrul atau turut dikenali sebagai Mat Yo selepas meledak gol tunggal menewaskan Kemboja 1-0 di Phnom Penh pada perlawanan pembukaan Khamis lalu.

Selepas aksi pertama di Phnom Penh, Cheng Hoe melakukan sedikit perubahan dengan memasukkan Syafiq Ahmad bagi mengambil posisi tengah Syamer Kutty Abba manakala Mohamadou Sumareh yang mengalami kecederaan digantikan dengan Syazwan Zainon di bahagian sayap.

Di atas kertas Laos yang berada di ranking 181 dunia seharusnya menjadi ‘lubuk’ mata buat Malaysia (169) apatah lagi anak buah bekas jurulatih Singapura V Sundram Moorthy itu tumpas 0-3 kepada Vietnam pada aksi pertama.

Namun sebaliknya berlaku apabila Laos mengejutka­n penyokong tuan rumah dengan gol pertama menerusi sepakan percuma Phithack Kongmathil­ath yang cukup deras menewaskan Khairul Fahmi Che Mat di gawang pada minit ke-7.

Namun kedudukan itu tidak bertahan lama apabila bola hantaran lintang Syahmi Safari dari sebelah kanan berjaya ditolak masuk kapten pasukan Zaquan Adha Abd Radzak di minit ke-14.

Laos kemudian lebih banyak bertahan dengan mereka hanya berkubu di kawasan sendiri dan cuba menekan Malaysia menerusi serangan balas pantas.

Skuad negara berpeluang untuk menambah jaringan namun rembatan deras Safawi Rasid dalam kotak penalti sedikit tersasar di minit ke-21.

Buntu dengan kedudukan itu Cheng Hoe menggunaka­n kesemua pemain penyerang yang ada dengan memasukkan Akhyar Rashid, Shahrel Fikri Md Fauzi dan Ahmad Hazwan Bakri manakala Syazwan, Safawi dan Syafiq dikeluarka­n.

Skuad negara mengasak hebat kubu Laos dengan penjaga gol berusia 22 tahun Outthilath Nammakhot seperti berjuang keseoranga­n menyelamat­kan keadaan.

Sekurang-kurangnya tujuh peluang terbaik disia-siakan pemain negara termasuk tandukan Aidil Zafuan Abd Radzak yang terkena tiang gol manakala bola tolakan Hazwan di depan pintu gol tersasar.

Bagaimanap­un Mat Yo yang tampil pada penampilan kelima dalam saingan Piala AFF sejak membantu negara menjulang trofi pada 2010 membuktika­n bisanya dengan menyumbat gol pada minit ke-86 dan masa tambahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia