Harian Metro

Hadi buru aksi di Jepun

- Firdaus Hashim firdaushas­him@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Penyerang skuad bawah 19 (B-19) tahun negara, Hadi Fayyadh Abdul Razak tetap berkobar-kobar untuk beraksi di Liga Jepun apabila dijadualka­n terbang sekali lagi ke negara matahari terbit itu untuk menjalani ujian bersama kelab Fagiano Okayama.

Meskipun dirinya cuba didekati tiga pasukan dari Liga

Super yang berminat untuk mendapatka­n khidmatnya pada musim depan, Hadi menjelaska­n ketika ini tumpuannya lebih terarah mendapatka­n kontrak bermain di luar negara.

“Ada tiga pasukan tempatan yang tanya, tetapi saya mungkin meletakkan­nya dalam pelan B sekiranya tak berjaya mendapatka­n pasukan di Jepun.

“Saya akan berangkat sekali lagi ke Jepun pada 26 November ini untuk menjalani latihan dan ujian bersama kelab Fagiano Okayama buat kali kedua.

“Saya harap pemergian pada penghujung bulan ini berjaya. Walaupun sudah dua kali mencuba, semangat saya tetap kuat dan

akan berikan yang terbaik sepanjang berada di sana,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sebelum ini, Hadi menjadi tarikan media Jepun apabila menjalani latihan bersama kelab liga divisyen dua, Roasso Kumamoto selama seminggu pada Ogos lalu sebelum sekali lagi mencuba nasib dengan kelab Fagiano Okayama September lalu.

Pemergian Hadi menimba pengalaman dengan dua kelab di sana sebelum ini diuruskan syarikat pengeluar minuman Yakult (M) Sdn Bhd yang percaya bekas pemain Johor Darul Ta’zim II (JDT II) memiliki keupayaan untuk bersaing di liga terbaik Asia itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia