Harian Metro

Mayat ditemui selepas 48 jam hilang

-

Mukah: Selepas 48 jam, seorang remaja yang dilaporkan hilang ketika mandi bersama empat saudaranya di Sungai Oya, Dalat pada Sabtu lalu ditemui lemas, semalam.

Ketua Polis Daerah Dalat Deputi Superinten­dan Roslan Leman berkata, mayat, Rabani Abdul Razak, 14, yang berasal dari Kampung Terus, Oya itu ditemui kira-kira dua kilometer dari lokasi terakhir mangsa kelihatan pada jam 8.30 pagi.

“Mangsa ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) seliaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri dengan dibantu Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan penduduk.

“Mayat kemudian dibawa ke Hospital Dalat untuk proses bedah siasat sebelum dituntut oleh keluargany­a untuk proses pengebumia­n,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 5.15 petang Sabtu lalu, mangsa dikatakan berkelah di tebing sungai berkenaan bersama beberapa saudaranya sebelum remaja berkenaan berenang ke bahagian tengah sungai dan dihanyutka­n arus deras.

Operasi SAR dilancarka­n sebelum ditamatkan jam 8.45 malam pada hari kejadian berikutan cuaca gelap dan arus sungai yang agak deras.

Ia kemudian bersambung semula kelmarin hingga ke pagi semalam, seterusnya membawa kepada penemuan mayat mangsa.

Sementara itu, Roslan mengingatk­an penduduk agar berhati-hati ketika beriadah di sungai berikutan keadaan arus yang tidak menentu sejak kebelakang­an ini akibat perubahan cuaca.

“Kita juga meminta ibu bapa sentiasa mengawasi anak mereka bagi mengelak sebarang insiden tidak diingini,” katanya.

 ??  ?? PASUKAN penyelamat disertai penduduk kampung ketika mencari mangsa lemas di Sungai Oya.
PASUKAN penyelamat disertai penduduk kampung ketika mencari mangsa lemas di Sungai Oya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia