Harian Metro

Semua tinggal kenangan

- Khalid Latip cnews@nstp.com.my

„ Anak yatim dirai dalam program tayangan filem percuma

“Dulu, ayah sering bawa jalan, namun kini semuanya tinggal kenangan,” kata Firdaus Ali, 13.

Firdaus antara anak yatim diraikan dalam Program Tayangan Filem Percuma Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Rajang dan Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) di Pusat Inovasi Sarikei (SIC) di sini, kelmarin.

Anak keempat daripada tiga beradik itu berkata, arwah bapanya, Ali Suhaimi, 45, seorang yang penyayang dan sentiasa meluangkan masa bersama keluarga.

“Malah, setiap kali hari lahir saya, ayah selalu membawa kami adik-beradik menonton wayang.

“Namun, selepas ayah meninggal dunia lima tahun lalu, kami tidak lagi berpeluang merasai keseronoka­n itu,” katanya.

Rakannya, Siti Azliana Salleh, 16, dari Taman Susur Jambu, di sini berkata, dia teruja mengikuti program berkenaan dan pengalaman itu sebagai sesuatu yang amat menyeronok­kan. Walaupun tidak berpeluang meluangkan masa bersama ibunya, dia gembira kerana dapat mengisi masa terluang dengan aktiviti bermanfaat.

“Program ini mengingatk­an saya dengan arwah mak. Saya juga teruja dapat jumpa ramai kawan baru,” katanya.

Sementara itu, jurucakap penganjur, Allif Omar Yunus berkata, aktiviti itu sebahagian daripada program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) pusat khidmat berkenaan bagi menghiburk­an anak yatim.

Katanya, rutin harian anak yatim mungkin berbeza dengan dengan mereka yang mempunyai ibu dan bapa.

“Kita amat memahami suara hati anak yatim ini. Malah, mungkin sekadar mendengar cerita kegembiraa­n rakan sebaya yang memenuhi masa cuti hujung minggu bersama keluarga sudah cukup menggembir­akan mereka.

“Mudah-mudahan program ini dapat mengubati kesedihan mereka. Sebagai penganjur kami juga amat menghargai sokongan Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh yang turut membantu kejayaan program ini, ” katanya.

 ??  ?? SEBAHAGIAN anak yatim yang diraikan dalam program tayangan filem percuma.
SEBAHAGIAN anak yatim yang diraikan dalam program tayangan filem percuma.
 ??  ?? BOM lama yang ditemui.
BOM lama yang ditemui.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia