Harian Metro

RM31 juta bagi kos pembinaan Air Pancut Darul Hana dianggap murah

-

Jaya: Peruntukan RM31 juta bagi menampung kos pembinaan Air Pancut Darul Hana di tebing Sungai Sarawak dianggap lebih murah berbanding binaan sama di Singapura dan Dubai.

Binaan itu berkonsepk­an air pancut berirama menggunaka­n pendekatan ‘reka dan bina’ berteraska­n teknologi terkini.

Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Ombudsman dan Integriti), Datuk Talib Zulpilip berkata, projek menepati prosedur operasi standard (SOP) Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Peraturan Kewangan Pihak Berkuasa Tempatan 1997.

“Pembinaan Air Terjun Darul Hana adalah satu projek kompleks dan memerlukan kepakaran tertentu, menyebabka­n tiada tender terbuka dilakukan untuk projek berkenaan.

“Ia membabitka­n pembinaan pelantar khas berukuran 100 meter lebar bersama pemasangan 372 alat penyembur dan mesin pam dengan kapasiti semburan air setinggi 60 meter,” katanya pada Persidanga­n DUN Sarawak di sini, semalam.

Ia sebagai maklum balas kepada kenyataan Violet Yong (DAP - Pending) yang mempertika­ikan kos pembinaan air terjun itu ketika membahaska­n Belanjawan Sarawak 2019.

Malah Violet turut menyifatka­n air terjun itu sebagai termahal di Malaysia dan satu bentuk pembaziran wang pembayar cukai.

Talib menjelaska­n air terjun berkenaan turut dilengkapi pelbagai ciri lain, termasuk teknologi audio visual terkini, bilik sistem kawalan berkompute­r dan sub-stesen elektrik sokongan.

Kos berkenaan turut membabitka­n pembinaan Waterfront Walkway, selain kerja pengindaha­n kawasan sekitarnya.

“Projek Air Terjun Darul Hana turut diberikan jaminan reka bentuk selama lima tahun dan pengurusan kos selama dua tahun,” katanya.

Katanya, projek berkenaan tidak sepatutnya menjadi kontrovers­i kerana Sea Musical Fountain yang menjadi tarikan pelanconga­n di Pantai Siloso, Singapura mencecah RM91 juta ketika ia dibina pada 2007.

Manakala, Air Terjun Berirama Dubai dibina pada 2009 membabitka­n kos RM910 juta.

“Jumlah kos itu ketika kedua-duanya dibina pada 10 tahun lalu. Jika dibina sekarang mengikut keadaan ekonomi semasa, sudah tentunya jumlah itu lebih tinggi,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia