Harian Metro

Minta turun autonomi

- Fardy Bungga dan Avila Geraldine cnews@nstp.com.my

„ Kerajaan Sabah kemuka usul kepada Persekutua­n

Kerajaan Sabah akan mengemukak­an usul kepada Kerajaan Persekutua­n untuk menurunkan kuasa autonomi dalam aspek pentadbira­n, pemantauan serta pengagihan tugas kepada negeri.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, kerajaan negeri akan memastikan fungsi agensi Persekutua­n dan negeri tidak bertindih seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) Persekutua­n dan JKR negeri, begitu juga dalam sektor pelanconga­n.

“Kita dalam usaha menangani pelbagai fungsi dan peranan yang bertindih di beberapa agensi Persekutua­n dan negeri bagi memastikan pembanguna­n pengurusan dan sumber manusia lebih cekap, sistematik dan berkesan dalam perkhidmat­an awam negeri,” katanya.

Beliau menjawab soalan Datuk Bolkiah Ismail (Bebas-Pitas) mengenai penurunan kuasa Persekutua­n kepada negeri pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini, semalam. Mohd Shafie berkata, pihaknya juga akan mengemukak­an cadangan mengenai penurunan kuasa berkaitan bidang pendidikan dan kesihatan, bersesuaia­n dengan langkah kerajaan negeri yang sudah pun menubuhkan dua kementeria­n baharu iaitu Kementeria­n Pelajaran dan Inovasi serta Kementeria­n Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat.

Beliau berkata, cadangan penurunan kuasa itu berikutan sektor pendidikan dan kesihatan berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutua­n sebagaiman­a yang termaktub dalam Perlembaga­an.

Menjawab soalan tambahan Datuk Hajiji Noor (GBS-Sulaman) berhubung kuasa eksekutif antara Kerajaan Persekutua­n dan negeri, Mohd Shafie berkata, beliau akan terus berunding dengan Kerajaan Persekutua­n, namun menjelaska­n ia akan mengambil masa untuk memastikan perkara itu dapat dipenuhi.

Katanya, apa saja projek daripada Kerajaan Persekutua­n perlu diselarask­an dengan negeri untuk memastikan rakyat menikmati pembanguna­n yang dilaksanak­an.

Beliau memberi contoh, projek membaik pulih 30 sekolah di Sabah di bawah JKR Persekutua­n ketika ini berdepan masalah, manakala selebihnya yang dikendalik­an agensi kerajaan negeri berjalan dengan lancar.

 ??  ?? MOHD Shafie bersalaman dengan timbalanny­a, Datuk Seri Madius Tangau (kiri) ketika persidanga­n DUN.
MOHD Shafie bersalaman dengan timbalanny­a, Datuk Seri Madius Tangau (kiri) ketika persidanga­n DUN.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia