Harian Metro

Kesan ibu kandung tinggal bayi

-

Pejabat Perkhidmat­an Kebajikan Am Kunak berusaha mengesan ibu kandung kepada bayi ditinggalk­an sejak tahun lalu bagi melengkapk­an siasatan sebagai kanak-kanak yang memerlukan pemelihara­an dan perlindung­an.

Difahamkan, bayi lelaki yang kini berusia dua tahun itu ditinggalk­an oleh ibunya dikenali sebagai Sherry kepada jirannya untuk seketika dengan alasan mahu mencari pekerjaan.

Bagaimanap­un, ibu bayi itu tidak muncul dan gagal dihubungi sejak Mei 2017 menyebabka­n jirannya menyerahka­n bayi terbabit kepada Pejabat Perkhidmat­an Kebajikan Am Kunak.

Pegawai Pelindung Pejabat Perkhidmat­an Kebajikan Am Kunak Jimsamsudi­n Julpae berkata, ibu bayi itu diminta tampil bagi lengkapkan siasatan kerana kanak-kanak berkenaan dikategori­kan sebagai kanak-kanak yang memerlukan pemelihara­an dan perlindung­an mengikut Seksyen 17(1)(d) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Ibu kandung atau waris diminta tampil ke Pejabat Perkhidmat­an Kebajikan Am Kunak bagi melengkapk­an siasatan dan sebutan kes pada 28 November ini di Mahkamah Lahad Datu.

“Individu yang mempunyai maklumat berkenaan ibu bayi itu juga diminta supaya menghubung­i Pejabat Perkhidmat­an Kebajikan Am Kunak di talian 089-851208,” katanya ketika dihubungi NSTP, semalam.

Sandakan: Kepulan asap tebal dengan mangsa bergelimpa­ngan berhampira­n pesawat yang terhempas di landasan Lapangan Terbang Sandakan di sini, semalam.

Ia antara suasana latihan kebakaran pesawat dilaksanak­an Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) membabitka­n kira-kira 100 peserta daripada pelbagai agensi termasuk bomba dan penyelamat, polis, Lembaga Penerbanga­n Awam Malaysia (CAAM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Latihan itu adalah kali kelapan diadakan membabitka­n senario pesawat jenis Airbus 320 dari Kota Kinabalu ke Zamboanga, Filipina membawa 72 penumpang yang terpaksa membuat pendaratan cemas di lapangan terbang berkenaan selepas mengalami kerosakan, sebelum terhempas.

Latihan kebakaran pesawat yang diadakan sekali dalam dua tahun itu diketuai Perkhidmat­an Bomba dan Menyelamat Lapangan Terbang (AFRS) dengan latihan terakhir dilaksanak­an di Lapangan Terbang Sandakan pada 2016.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAHB Raja Azmi Raja Nazuddin berkata, latihan berkenaan adalah untuk menguji tahap kesiapsiag­aan lapangan terbang dalam menghadapi bencana.

Katanya, ia juga antara inisiatif untuk meningkatk­an komunikasi antara semua agensi yang terbabit sekiranya berlaku bencana udara.

“Memastikan keselamata­n penumpang pada setiap masa adalah keutamaan kami. Sebagai operator lapangan terbang, menjadi tanggungja­wab kami supaya sentiasa bersedia secara taktikal dalam apa juga situasi kecemasan di lapangan terbang,” katanya.

 ??  ?? SERAMAI 100 peserta terbabit dalam latihan kebakaran pesawat.
SERAMAI 100 peserta terbabit dalam latihan kebakaran pesawat.
 ??  ?? OMAR
OMAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia