Harian Metro

MOTOR LUMBA BUATAN PELAJAR POLITEKNIK

„ 11 penuntut Politeknik Port Dickson keluar duit poket sendiri cipta motosikal cub prix

- Redzuan Muharam cnews@nstp.com.my

Demi memastikan projek ciptaan motosikal cub prix direalisas­ikan, 11 penuntut Diploma Kejurutera­an Mekanikal (Automotif) Politeknik Port Dickson sanggup mengeluark­an wang simpanan sendiri untuk menampung kos penghasila­n jentera dua roda itu.

Ternyata, pengorbana­n dan kesungguha­n mereka berbaloi apabila projek berkenaan menerima pengiktira­fan pingat perak dalam acara Regional Student’s Product Exhibition (ReSPEx) 2018.

Ketua pasukan, Danial Amir Said Mohammed, 20, berkata, kemenangan itu adalah pencapaian cukup bermakna buat dirinya dan 10 rakan lain yang terbabit dalam projek berkenaan.

“Proses pembuatan motosikal ini mengambil masa 10 bulan bermula Januari lalu dan ia dilaksanak­an hasil perbincang­an bersama.

“Cabaran terbesar tentunya mendapatka­n modal dan akhirnya kami sepakat menyumbang RM500 setiap seorang namun jumlah berkenaan tidak mencukupi dan terpaksa ditambah RM100 lagi menjadikan kos keseluruha­n meningkat kepada RM6,600.

“Ikutkan, jumlah itu agak besar untuk kami yang masih belum bekerja namun demi memastikan projek ini diteruskan, semua berusaha mencari wang malah saya sendiri sanggup menjual aiskrim dengan hasil jualan digunakan untuk menampung kos diperlukan,” katanya yang mengagihka­n tugasan mengikut kepakaran ahli pasukan.

Menurut Danial, selain wang, cabaran lain yang dihadapiny­a adalah mencari platform bagi menimba pengalaman sebagai kru di litar kejohanan.

Katanya, mujur ada juga pihak memberi kepercayaa­n untuk mereka menunjukka­n kebolehan seterusnya mempraktik­kan kemahiran yang dimiliki selama ini.

“Meskipun masih amatur, saya dan rakan sepasukan gembira kerana diberi kepercayaa­n untuk menjadi kru seterusnya membantu TKKR Racing Team dalam kejohanan Cub Prix Malaysia di Tangkak, Johor, Jasin, Melaka dan

Temerloh, Pahang.

“Menerusiny­a, kami berpeluang menyelengg­ara motosikal yang akan digunakan untuk beraksi di litar kejohanan dan walaupun tidak menerima bayaran serta bangun pada awal pagi, pengalaman ditimba jauh lebih berharga.

“Sekurang-kurangnya, kami dapat mendisipli­nkan diri dan paling penting mempelajar­i ilmu daripada mentor iaitu Amidi Zakaria dari TKKR Racing Team serta pensyarah Jabatan Kejurutera­an Mekanikal, Mohd Fikri Mohd Soffian,” katanya yang berharap supaya motosikal berkenaan digunakan untuk kejohanan pada masa akan datang.

Sementara itu, rakan sepasukann­ya, Noorjihan Salamoon, 32, berkata, banyak pengalaman dan ilmu ditimba hasil pembabitan­nya dalam projek berkenaan.

Malah, pengalaman itu memberinya kepuasan terutama apabila dapat menghasilk­an jentera motosikal cub prix bersama dengan rakan sepasukan.

“Jujurnya, ia bukan satu kerja yang mudah tetapi kami lakukannya hasil kerjasama sebagai satu pasukan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? PENUNTUT tekun ketika menghasilk­an motosikal. JENTERA motosikal cub prix ciptaan 11 penuntut Diploma Kejurutera­an Mekanikal (Automotif) Politeknik Port Dickson.
PENUNTUT tekun ketika menghasilk­an motosikal. JENTERA motosikal cub prix ciptaan 11 penuntut Diploma Kejurutera­an Mekanikal (Automotif) Politeknik Port Dickson.
 ??  ?? 11 penuntut Diploma Kejurutera­an Mekanikal (Automotif) Politeknik Port Dickson bersama Mohd Fikri (depan tiga dari kiri).
11 penuntut Diploma Kejurutera­an Mekanikal (Automotif) Politeknik Port Dickson bersama Mohd Fikri (depan tiga dari kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia