Harian Metro

“MAAFKAN SAYA MAK”

„ Raungan anak lihat ibu maut motor bergesel kereta

- Hasbi Sidek dan Nurul Hidayah Bahaudin cnews@nstp.com.my

Zulfian Shah Syaifullah, 18, meraung dan enggan berganjak daripada jenazah ibunya, Halilah Mat Musa, 53, yang maut digilis lori di Jalan Tun Razak, semalam. Walaupun ditenangka­n abang tetapi remaja itu sukar membuang rasa bersalah kerana ibunya membonceng motosikal ditunggang­nya sebelum tergesel kenderaan lain dan jatuh, lapor Hasbi Sidek dan Nurul Hidayah Bahaudin

Adik saya ini memang paling rapat dengan ibu. Dia kini sedang menuntut di sebuah universiti di Perlis dan sedang menghabisk­an cuti semester”

Syaiful

Melihat ibunya maut di depan mata menyebabka­n seorang remaja bagaikan histeria apabila hanya mampu meraung ‘mak!’ berulang kali.

Zulfian Shah Syaifullah, 18, menunggang motosikal dibonceng ibunya, Halilah Mat Musa, 53, melalui Jalan Tun Razak di sini, jam 2 petang semalam.

Mereka dalam perjalanan pulang dari KL Sentral ke rumah di Segambut.

Bagaimanap­un, motosikal ditunggang bergesel dengan kenderaan lain sebelum Halilah terjatuh dan digilis lori yang gagal mengelak.

Kejadian sekelip mata itu menyebabka­n remaja itu tidak dapat menahan kesedihan dan hanya mampu meratap sayu di sisi mayat ibunya yang berlumuran darah.

Remaja itu dilihat menangis dan tidak dapat berkata-kata sambil ditenangka­n ahli keluargany­a yang tiba di lokasi kejadian.

Abang Zulfian dan anggota keselamata­n mengambil masa 15 minit untuk memujuk dia beralih daripada sisi jenazah ibu untuk duduk di bahu jalan.

Abangnya, Syaiful Rohman, 25, berkata, adiknya menangis dan menggeleta­r tanpa henti berikutan trauma dengan kejadian yang meragut nyawa ibunya.

Menurutnya, adiknya itu merasa bersalah walaupun tiada siapa yang menyalahka­n Zulfian atas tragedi itu.

“Adik saya ini memang paling rapat dengan ibu. Dia kini sedang menuntut di sebuah universiti di Perlis dan sedang menghabisk­an cuti semester.

“Dalam masa sama dia menemani ibu yang sendirian di rumah berikutan bapa dan adik-beradik lain bekerja.

“Hari ini (semalam) ibu meminta menghantar­nya ke KL Sentral atas urusan Tabung Haji.

“Kejadian berlaku ketika mereka dalam perjalanan pulang ke rumah. Kami sekeluarga reda dengan kejadian ini walaupun sedih yang amat sangat,” katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Negara (JPFN) Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Sementara itu seorang lagi abangnya Hendraguna­wan Zainal Abidin meminta orang ramai yang menyaksika­n kejadian tampil menyalurka­n maklumat kepada polis.

“Berdasarka­n maklumat, adik bergesel dengan sebuah kenderaan lain sebelum ibu terjatuh dan dilanggar sebuah lori, namun kedua-dua kenderaan terbabit tiada di lokasi ketika saya tiba,” katanya.

Sementara itu Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) yang dihubungi masih menunggu laporan penuh kes kemalangan itu yang turut menyebabka­n kesesakan teruk.

Pusat Pengurusan Pengangkut­an Bersepadu (ITIS) DBKL turut berada di lokasi kejadian untuk membantu mangsa.

 ??  ??
 ??  ?? ZULFIAN yang gagal mengawal emosi ditenangka­n abangnya di bahu jalan. ORANG ramai cuba memujuk Zulfian beralih daripada sisi jenazah ibunya.
ZULFIAN yang gagal mengawal emosi ditenangka­n abangnya di bahu jalan. ORANG ramai cuba memujuk Zulfian beralih daripada sisi jenazah ibunya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia