KLOPP BERANG! J

Harian Metro - - Global - AFP

Burnley

urgen Klopp berang pendekatan fizikal Burnley yang menyaksikan Liverpool berdepan krisis kecederaan pemain yang serius selepas bangkit daripada ketinggalan satu gol bagi mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Perdana Inggeris, semalam.

Kemenangan ke-12 itu menyaksikan The Reds yang menghuni tangga kedua liga melakar pencapaian terbaik dalam permulaan liga selepas 15 perlawanan tetapi Klopp mendedahkan gesaannya kepada pegawai perlawanan untuk melindungi pemainnya daripada menjadi mangsa terjahan keras pihak lawan tidak diendahkan.

Joe Gomez terpaksa dikeluarkan pada awal perlawanan selepas tonggak pertahanan England itu mengalami kecederaan ketika Liverpool menang 3-1 di Turf Moor, sekali gus merapatkan jurang kepada dua mata dengan pendahulu, Manchester City.

Gomez akan menjalani ujian imbasan ke atas kecederaan buku lali kiri dialaminya selepas menerima terjahan keras daripada pertahanan Burnley, Ben Mee.

“Burnley mempunyai perancangan khusus untuk bermain secara agresif dan fizikal. Joe kini cedera dan mungkin serius. Kami perlu melihat perkembangannya dan dia mengalami kecederaan buku lali,” kata Klopp.

Pengurus Burnley, Sean Dyche enggan memohon maaf susulan pendekatan yang diterapkan pemainnya selepas tuan rumah itu hanya dilayangkan satu kad kuning tetapi Klopp menambah: “Saya pasti dengan mengatakan perkara ini akan menjadikan saya tidak mempunyai ramai kawan.

“Saya katakan kepada pegawai perlawanan selepas terjahan pertama. Saya tidak pasti siapa melakukannya tetapi ia terjahan keras yang mana pemain datang dari jarak enam atau tujuh meter bagi mendapatkan bola. Semua orang suka tetapi saya katakan kepada ‘tolonglah beritahu yang mereka tidak boleh melakukan seperti itu’.

“Pengadil seharusnya memastikan ia tidak berlaku. Kamu mendapat bola memang menarik tetapi pemain mengalami kecederaan.

“Kamu boleh bermain secara agresif, tidak mengapa kerana ia sebahagian daripada bola sepak. Cuma perlu lebih berhati-hati, melakukan terjahan dari jarak enam atau tujuh meter untuk memenangi bola, zaman ini sudah berakhir dan seseorang perlu memberitahu mereka untuk berhenti daripada melakukan perkara ini,” kata Klopp.

Keputusan Klopp untuk melakukan tujuh pertukaran daripada kesebelasan utama menentang Everton hampir memakan diri sehinggalah gol dijaringkan James Milner, Roberto Firmino dan Xherdan Shaqiri untuk kembali bangkit selepas ketinggalan menerusi jaringan Jack

Cork.

 Pemain Liverpool alami kecederaan gara-gara aksi agresif Burnley

Jurgen Klopp

DYCHE PEMAIN Liverpool, Roberto Firmino meraikan kejayaan menjaringkan gol bersama rakan sepasukan. dikeluarkan pada awal GOMEZ (duduk) terpaksa kecederaan. perlawanan selepas mengalami Burnley mempunyai perancangan khusus untuk bermain secara agresif dan fizikal. Joe kini cedera dan mungkin serius”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.