Harian Metro

PATI masuk bawa penyakit

-

Kuala Lumpur: Peningkata­n penyakit tibi atau batuk kering di Malaysia diakui ada kaitan dengan kemasukan warga asing yang tidak menjalani saringan pemeriksaa­n kesihatan secara sah.

Pakar Kesihatan Pekerjaan, Kecemasan dan Kesihatan Am Hospital Pakar Kasih Cyberjaya, Dr Hanafiah Bashirun berkata, kebanyakan mereka yang mempunyai masalah kesihatan mengelak menjalani saringan sekali gus bebas membawa masuk penyakit berjangkit.

“Benar, kemunculan semula penyakit berjangkit ini disebabkan lambakan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang bebas membawa masuk penyakit ini.

“Jika mereka datang untuk mendapatka­n kerja di sini melalui laluan yang betul, saringan yang ketat dapat dilakukan untuk mengelak berlakunya penularan penyakit seperti tibi ini.

“Tetapi, biasanya kebanyakan mereka yang tidak melalui laluan sah masuk ke negara ini adalah mereka yang bermasalah kesihatan,” katanya.

Menurutnya, faktor peningkata­n kes Tibi juga berlaku apabila bayi dilahirkan tidak mendapatka­n vaksin imunisasi BCG.

Sehubungan itu, katanya, perlu wujud kesedaran dalam kalangan ibu bapa untuk mendapatka­n suntikan itu untuk anak-anak mereka.

“Oleh itu, penting pada hari pertama bayi dilahirkan di negara ini wajib mengambil vaksin BCG,” katanya.

Katanya, penyakit tibi sangat

berbahaya dan mudah berjangkit hanya melalui titisan udara sama ada ketika bercakap, batuk, bersin dan sebagainya.

“Titisan udara yang mengandung­i kuman tibi

yang biasanya membiak

dalam paru-paru manusia ini akan disedut ke paru-paru oleh individu baru.

“Bahayanya penyakit ini bukan saja menyerang paru-paru, malah ada sesetengah kes menyebabka­n individu itu dijangkiti tibi pada usus, tulang dan selaput otak, malah kematian boleh berlaku jika tidak dirawat segera.

“Penyakit ini memang sukar dirawat kerana memerlukan komitmen tinggi pesakit yang perlu konsisten mengambil ubat setiap hari selama enam bulan selain membabitka­n kos,” katanya.

Hanafiah berkata, hepatitis-B juga bukan penyakit baru muncul di Malaysia malah meningkat saban tahun akibat lambakan kumpulan warga asing ini.

“Hepatitis B merebak melalui darah dan cecair badan pesakit ke individu lain. Contohnya seperti hubungan seksual, perkongsia­n jarum suntikan, pisau cukur dan tatu.

“Ia juga boleh dijangkiti menerusi pemindahan darah. Bukan sebab saringan ketika penderma darah menderma darah tidak dilakukan tetapi sifat semula jadi virus Hepatitis-B yang tidak dapat dikesan ketika window period iaitu dalam masa enam bulan dalam darah.

“Jadi disebabkan itu virus ini ‘terlepas’ dikesan ketika saringan, namun kebarangka­lian kes seperti ini berlaku hanya kecil saja,” katanya.

Dr Hanafiah berkata, kerajaan perlu tegas dalam mencegah penularan penyakit berjangkit sebelum menerima kemasukan pekerja asing. “Undang-undang lebih ketat perlu dikuatkuas­akan dengan memastikan jumlah warga asing yang masuk tanpa izin dapat dikurangka­n.

“Kerjasama pihak Jabatan Imigresen Malaysia untuk menghantar pulang mereka yang tidak melakukan saringan kesihatan sangat penting supaya dapat mengurangk­an jangkitan.

 ??  ?? GAMBAR Nur Hidayah sebelum menghidap tibi.
GAMBAR Nur Hidayah sebelum menghidap tibi.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia