Harian Metro

TUMPUL BERGANDA DI BADAN

Sami dera anak berusia 10 tahun hingga mati kena reman

- Sarah Zulkifli sarah@nstp.com.my

Seorang sami dari kuil sekitar Semenyih yang ditahan polis selepas dipercayai mendera anak lelakinya berusia 10 tahun hingga mati, kelmarin, direman tujuh hari di Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Perintah reman itu dikeluarka­n Majistret Fadziatul Isma Ahmad bermula sehingga 13 Disember ini bagi membolehka­n siasatan dijalankan terhadap suspek yang berusia 43 tahun itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Terdahulu, suspek yang memakai baju putih diiringi anggota polis dengan menaiki trak sebelum terus dibawa masuk ke mahkamah untuk prosiding reman.

Media sebelum ini melaporkan, dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam Rabu lalu, mangsa yang juga anak kedua daripada tiga beradik itu dibawa ke Hospital Serdang oleh keluargany­a selepas tidak sedarkan diri.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, mangsa bagaimanap­un meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital berkenaan.

Hasil pemeriksaa­n terhadap fizikal mangsa mendapati ada kesan luka pada bahagian kepala, badan, kaki dan tangan selain kesan lebam di seluruh anggota badan mangsa.

“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan kecederaan tumpul yang berganda di seluruh badan.

“Mangsa dijaga bapanya selepas ibunya keluar dari rumah mereka sejak dua bulan lalu,” katanya.

Polis menahan suspek kira-kira jam 9.30 pagi di Balai Polis Semenyih bagi membantu siasatan selain hasil saringan ujian air kencing mendapati sami berkenaan didapati positif syabu.

 ??  ?? ANGGOTA polis mengiringi suspek di Mahkamah Majistret, Kajang, semalam.
ANGGOTA polis mengiringi suspek di Mahkamah Majistret, Kajang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia