Harian Metro

DARAH DI TANDAS WANITA

- Hadzlihady Hassan

Bayi dilahirkan di bilik air ditinggalk­an di kamar menyusu di pasar raya

hadzlihady@nstp.com.my

“Saya sedang potong daging di dapur sebelum terdengar bunyi riuh di belakang kedai dalam bilik menyusu dan persalinan lampin pasar raya itu.

“Saya ke bilik terbabit dan terkejut apabila melihat orang ramai yang berada di luar bilik,” kata Noorfazzli­nda Zamani, 33.

Noorfazzli­nda yang bekerja di sebuah kedai nasi di medan selera dalam sebuah pasar raya terkemuka di Tanjung Tokong, di sini, berkata, dia diberitahu rakan yang ada orang terjumpa bayi lelaki masih bertali pusat ditinggalk­an dalam bilik terbabit.

“Ketika itu, saya lihat ada anggota polis dan pegawai perubatan membuat pemeriksaa­n di kawasan itu.

“Bayi itu dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut dan saya hanya sempat melihat gambar bayi itu yang ditunjukka­n rakan yang merakam menggunaka­n kamera telefon bimbit miliknya,” katanya.

Dalam kejadian jam 5.40 petang itu, bayi terbabit yang dipercayai baru dilahirkan ditemui seorang wanita berusia 43 tahun yang masuk ke bilik itu.

Difahamkan,

bayi

itu mungkin dilahirkan dalam tandas di pasar raya berkenaan berdasarka­n kepada penemuan darah oleh pengunjung dalam tandas wanita.

Individu yang melahirkan bayi itu dikatakan meninggalk­an bayinya dalam bilik menyusu sebelum dia melarikan diri.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang mengesahka­n kejadian terbabit. Menurutnya, bayi itu masih hidup dan setakat ini pihaknya menjalanka­n siasatan untuk mengesan individu yang meninggalk­an bayi itu.

 ??  ?? BAYI lelaki ditemui berbalut tuala ditinggalk­an dalam bilik menyusu di sebuah pasar raya di Tanjong Tokong, Pulau Pinang.
BAYI lelaki ditemui berbalut tuala ditinggalk­an dalam bilik menyusu di sebuah pasar raya di Tanjong Tokong, Pulau Pinang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia